CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 4

[Tempatan] Gangguan hidupan liar meningkat di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 2-6-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan hidupan liar meningkat di Pulau Pinang


GAMBAR hiasan

Georgetown: Kehilangan habitat hidupan liar selain pembangunan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes gangguan hidupan liar di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa MajliS Mesyuarat Kerajaan Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Bon Poh berkata, sebanyak 4,423 aduan diterima berkaitan gangguan itu bagi 2019 hingga April lalu.

Katanya, aduan tertinggi membabitkan gangguan kera iaitu 2,830, diikuti babi hutan (1,061) manakala spesies lain seperti musang, biawak, buaya dan lotong yang merangkumi 532 aduan.

"Faktor lain menyumbang, pembuangan sampah tidak teratur dan pembangunan atau tebus guna tanah yang tidak mengambil kira aspek hidupan liar, tanah terbiar serta sikap masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14 di sini, hari ini.

Phee berkata, dalam tempoh sama, tindakan tangkap hapus telah dilaksana membabitkan 5,649 kera dan 580 babi hutan, manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Pulau Pinang sedang melaksanakan Program

Bersepadu bagi Pengurusan Konflik Manusia-Kera.

Katanya, program itu bagi menangani gangguan hidupan liar membabitkan 18 lokasi tumpuan dan kerajaan negeri turut menambah bilangan senjata api untuk kegunaan kakitangan di lapangan pada 2020 dan 2021.

Dalam pada itu, katanya, kes pembalakan haram di Pulau Pinang adalah rendah dan terkawal sejak 2010, dengan hanya satu kes direkod pada 2016 membabitkan tindakan mengambil kayu bakau di Hutan Simpan Balik Pulau.

"Keseluruhannya, 14 kes kesalahan hutan yang direkodkan pada 2010 hingga April 2022, membabitkan penerokaan haram, dikesan dilakukan pemilik tanah yang bersempadan dengan Hutan Simpanan Kekal untuk tujuan pertanian," katanya.

sUMBER:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kat-di-pulau-pinang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Excuse me.
Gangguan?
Sapa yg ganggu siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:27 PM | Show all posts
Bukan di Penang je ditempat lain yang banyak pembangunan atau penerokaan tanah pun sama je nasibnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:39 PM | Show all posts
Sarawak yang sebesar Semenanjung Malaysia pun babi hutan, kokedai masuk parit di kampong. Bukan Penang saja. Rumah kaka tepi jalan Besar Kuantan-Kuala Terengganu, tepi pantai pun segala babi hutan, monyet, burung kenyalang landing kat rumah. Mana2  pun macam tu sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 2-6-2022 12:39 AM
Sarawak yang sebesar Semenanjung Malaysia pun babi hutan, kokedai masuk parit di kampong. Bukan Pena ...

Burung kenyalang ini susah mahu cari... Bukan untuk bela but untuk bird watching
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.552625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list