CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 10

[Politik] ADUN tak matang, parti Syed Saddiq (MUDA) dikritik cerminan DAP?

[Copy link]
Post time 2-6-2022 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-6-2022 03:40 AM

MALAYSIA perlu ramai aktivis juga kepakaran anak muda dalam politik dan kepimpinan masyarakat serta negara, tetapi bukan ‘budak-budak’. Ini kualiti yang Malaysia perlukan sebagai ‘tiang negara’ dan pemacu masa depan. Sejarah semua bangsa termasuk Tamadun Islam telah membuktikan peranan hebat anak muda.

Bagaimanapun tular kelmarin, MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kononnya mengangkat perjuangan anak muda membuka pekung sendiri melondeh hakikat kebudak-budakan tidak matang ‘budak-budak’ parti itu.



Beberapa anggota MUDA dari Terengganu dan ADUN Puteri Wangsa (Johor), Amira Aisya Abd Aziz hadir berkunjung ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini. Terima kasih atas kesudian bertandang hadir ke bandar raya kami Kota Bharu dan kami amat mengalu-alukan untuk menikmati segala yang ada di Kelantan.

Tetapi jeliknya kalian hadir untuk memperlekeh dan memburuk-burukkan negeri kami, sengaja mencari-cari salah. Cara politik begitu sebelum ini giat dimainkan oleh DAP, namun kemudian semakin kendur. Kerana rakyat Serambi Makkah yang penuh agama dan kesantunan ini sukar menerima ekstremis Cauvinis DAP.

Kini MUDA pula yang seperti menggantikan DAP, seolah-olah menjadi gerila kepada agenda dan motif mereka. Atau memang anda menerima ‘arahan’ atau ‘road-map’ mereka? Takkanlah kebetulan nama pun hampir sama Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), maka perangai pun sama?

Tambahan lagi kemenangan pertama dan besar MUDA dalam PRN Johor yang lalu di DUN Puteri Wangsa dilihat diberi laluan mudah oleh DAP, malah sebelumnya pemimpin MUDA juga akrab dengan pemimpin DAP. Tak salah berkawan, tetapi selalu orang-orang tua pesan supaya kena pandai pilih kawan. Takut jadi seperti PAN yang menjadi tunggangan.

Okey sahaja MUDA ingin melepaskan kebudak-budakan dengan menghantar ‘budak-budak’ memainkan isu di sana sini. Malang sekali apabila anda menghantar seorang pemimpin parti iaitu Setiausaha MUDA yang juga baharu sahaja dimandatkan penduduk di Puteri Wangsa sebagai ADUN.

Sepatutnya beliau menyerlahkan peranan tanggungjawab besar sedang dipikulnya dalam keadaan mandat yang MUDA terima pertama kali itu dijadikan contoh teladan dengan memberangsangkan prestasi. Malang MUDA biarkan dia tunjuk galak dan menyibuk hal negeri lain dan memperlekehkan.

Daripada berkelakuan dan main politik seperti itu, baik MUDA perjuang selesaikan dahulu empat perkara kritikal dalam DUN Puteri Wangsa yang satu-satunya kalian wakili di Johor sana sebelum kalut mencampuri negeri lain. Buktikan parti anda ada harga dan nilai.

1. Pencemaran kronik Sungai Tebrau

Sungai ini adalah yang ke-53 paling tercemar dalam dunia. Segala sampah sarap, sisa toksik, bahan buangan domestik, bangkai, apa sahaja memenuhi sungai ini.

Nelayan di Kampung Bakar Batu di sana mengeluh tiada lagi ikan dan hasil sungai yang lain. Yang hanyut terapung hanyalah sampah. Dan sampah.

Sungai sepanjang 46 kilometer itu dicemari pelbagai sisa sehingga NGO Ocean Cleanup pada tahun 2021 meletakkan ia di tangga 53 paling kotor seluruh dunia. MUDA patut terenjat dengan masalah ini. Isu sampah di sungai itu seolah-olah tiada jalan penyelesaian, sampah masih berselerak, hitam, bau busuk dan berlendir.

MUDA sebagai parti yang mewakili rakyat kawasan ini wajib berusaha mencari jalan penyelesaian. Apatah lagi Tuanku Sultan Johor pernah bertitah sejak 2017 yang mana Baginda cukup kesal dengan pencemaran Sungai Tebrau ini.

2. Isu penduduk setinggan

MUDA tak usah menyindir dan menghina Kota Bharu dengan terminal bas sementara yang wujud hampir 10 tahun ini. Kerana isu lebih besar dalam DUN yang diwakili kalian ialah setinggan Puteri Wangsa. Terdapat penduduk setinggan tinggal secara ‘sementara’ di kawasan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selama 23 tahun!

Tiga perempat Sungai Tebrau adalah di kawasan Puteri Wangsa, keadaan sungai kotor dan suasana kejiranan setinggan amat mengecewakan.

Apa pelan mitigasi ADUN MUDA ini? Mahu pindahkan pengundi kalian di setinggan ini ke mana? Mahu bantu bangunkan sosioekonomi mereka dengan cara apa? Benarkah ada cadangan selepas penduduk setinggan ini dipindahkan, tapak tersebut akan dibangunkan sebagai tempat rekreasi?

Dengan perwakilan MUDA di DUN Johor dan Parlimen Muar yang juga terletak dalam kedaulatan Johor, apa pelan perbincangan kalian dengan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk penyerahan tanah kawasan ini supaya perumahan untuk penduduk setinggan dapat dibuat?

3. PPR Taman Desa Mutiara

Perkara lain yang ADUN MUDA patut fokuskan adalah kebajikan penduduk flat PPR Taman Desa Mutiara yang mempunyai 22 blok dengan masalah sewa tertunggaknya, longkang tersumbat, keadaan sekeliling yang tidak kondusif dan kurang selamat, kerosakan fizikal dan paling utama adalah isu penyelenggaraan.

Hal tunggakan bayaran sewa contohnya membabitkan 1,111 daripada 2,000 penyewa dan nilainya kadang-kadang melebihi setengah juta ringgit, parah.

Kebanyakan penduduk juga adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bermakna mereka amat perlukan segala bentuk sokongan dan bantuan daripada pihak wakil rakyat serta kerajaan negeri.

Ini peranan sebenar YB ADUN MUDA dan bukannya datang dari Johor ke Kota Bharu sejauh lebih 650 kilometer hanya semata-mata mahu memperlekehkan terminal bas yang mana telah pun berada dalam tindakan kerajaan.

4. Loji kumbahan najis

Akhir Mac serta awal April lalu kecoh mengenai rungutan 500 keluarga yang terpaksa menghidu bau busuk najis sejak 22 tahun lalu kerana loji kumbahan yang rosak.

Ini juga bukan isu ‘sementara’. ADUN MUDA yang dipilih rakyat, kerana tenaga muda, semangat membara, energetik kudratnya, kritis mindanya harus selesaikan isu busuk 22 tahun di Taman Sinaran Kempas ini.

ADUN MUDA wajib bekerja seiring sejalan dan terima pandangan serta saranan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Sinaran Kempas, Mohd Nassir Ahmad yang berkata masalah itu berlanjutan sejak tahun 2000. Apabila loji kumbahan gagal berfungsi tidak lama selepas penduduk berpindah ke kawasan itu.

Pada awalnya penduduk di sini berpakat mengutip duit bagi menyelenggara dan membetulkan sendiri loji kumbahan yang rosak, hingga pada tiga tahun pertama. Bagaimanapun, loji kumbahan itu kerap rosak sehingga penduduk tidak mahu meneruskan kutipan wang mereka untuk digunakan bagi menyelenggara loji ini.

Nah ADUN MUDA, tidak malukah YB dengan usaha rakyat ini?

Penutup

Tindakan YB datang ke Kelantan, buat ‘review’ terminal bas sementara Kota Bharu untuk memperlekehkan dan menghina secara mencari-cari salah seperti itu amatlah dikesali, serta memualkan.

Kerana rakyat Puteri Wangsa sedang bergelut dengan sekian banyak isu dan masalah, tetapi wakil rakyatnya sanggup ke negeri lain semata-mata memperlekeh infra negeri lain?

YB wajib ingat tiga janji yang dibuat sebelum PRN Johor tempoh hari iaitu aspek pendidikan, kelangsungan peniagaan dan kelestarian hidup yang menjadi fokus utama MUDA bagi Puteri Wangsa.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre

https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/31/apabila-adun-muda-johor-sibuk-serang-kelantan/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 08:17 PM | Show all posts
Aku xpernah suka orang politik

yang modal mereka ialah  urusan rakyat

xperlu pun ahli ah li politik serupa langau

yg serupa badak

parti yg xberani mengaku berada dalam PH  , dengan nasihat  untuk tidak mendatangkan serik kepada rakyat  sebab rata-rata rakyat memang menolak PH  , jaid dia guna terma " muda dan PH ..bila kita sisasat dalam PH hanya ada DAP dan barua DAP iaitu PAN

PKR dah keluar PH cuma xumum sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganja..ganja luluskan ganja!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh..kalau kau tak tergugat takdenya kau nak taip karangan panjang2..kau ingat rakyat kelantan suka membaca ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas ni cara dia bidas bodo bodo kan..

Jenis ejek dan sindir balik
Dr level tertinggi sampai la cacai dorg

Ejek2 binatang laaa
Ejek2 performance laaa

Tp cmtu jela pun..
Berpuluh tahun
No improvement

Bukan nk improve tugas sendiri
Bukan nk terima teguran orang lain

Tapi hidup indenial
SS manjang
Bertunggangkan modal agama

Sejijik2 cina kiasu batak tu
Dorg tunjuk kerja dorang
Improve sistem
Makan rasuah pun dorg xbdosa
Dr agamawan yang xamanah
Dan asik menabur janji
Itu...
Lagi berdosa besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:23 AM | Show all posts
darulnaim research centre
nama kemain gah
apa yang dia research?
sekadar reply merempan panjang2 dekat socmed je ka
sakai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Recearch tempat org boleh. Tempat sendiri takda maklumat ditemui. Negeri org ada peluang pekerjaan utk anak negeri lain dtg cari rezeki....negeri demo? Jual pil kudo?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:46 AM | Show all posts
renko replied at 3-6-2022 10:23 AM
darulnaim research centre
nama kemain gah
apa yang dia research?

kena la letak nama 'Reseach Centre' nak bagi bunyi gah..padahal nama sebenar Cyberterompah Pas yg takde gaji jah sebenarnya


Reserch Center kununnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 11:52 AM | Show all posts
nak jugak petik nama DAP utk takut2 kan ummah melayu felda kg.com yg x sekolah...dari dulu kini dan selamanya ni jelah taktik umngok-pas nak bgtau org kg parti dorg je lah yg wajib diundi smpai kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:52 PM | Show all posts
Makin nak dekat pilihanraya makin galak masing2 berkempen awal walau tarikh sebenar belum diketahui
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 02:37 PM | Show all posts
tripleid replied at 3-6-2022 11:46 AM
kena la letak nama 'Reseach Centre' nak bagi bunyi gah..padahal nama sebenar Cyberterompah Pas yg ...

tu lah sakai
kuat meroyan lak tu
sebijik budak2 kalah gaduh, ejek nama bapak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.098870 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list