CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 7

[Politik] Pembangkang dalam keadaan caca-marba, Najib mahu PRU-15 disegerakan

[Copy link]
Post time 2-6-2022 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-6-2022 01:46 AM

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berharap empat pemimpin tertinggi UMNO dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan tepat mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

Najib berkata, risikonya terlalu tinggi jika tersilap membuat keputusan dalam menetukan tarikh PRU-15.

Selain Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, turut diberikan ‘kuasa’ oleh parti itu untuk membincangkan tarikh PRU-15 adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kalau nak sebut tentang inflasi kita kena kaji. Saya bukan pakar sangat tentang ekonomi tapi saya tahu inflasi tu ada dia punya cycle maknanya bukan dua tiga bulan mungkin selama dua tahun.

“Tapi macam mana pun kita akan cuba. Kita sudah putuskan top five Zahid, Mohamad Hasan dan naib-naib presiden berundinglah sebaik-baiknya make sure we help PM to make the right choice. The right decision.

“Sebab the stake are too high. Ini bukan soal Najib ke, soal zahid ke, soal Ismail Sabri ke. Tak. Ini soal masa depan BN dan negara kita,” kata Najib dalam ucapan di Konvensyen BN sempena ulangtahun ke-48 parti itu.

Dalam ucapannya, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu membayangkan bahawa ketika ini adalah masa terbaik untuk mengadakan PRU-15.

Ini kerana parti-parti lawan berada dalam keadaan tidak bersedia.

“Hari ini opposition dalam keadaan carca-marba. PKR hanya 12 peratus sahaja mengundi.

“Pejuang dah kena reject. Bersatu pun tinggal dua kerusi sahaja di Johor. Pas pun dah menurun. DAP pun dah ditolak. Maknanya opposition is in disarry.

“BN insya-Allah makin kukuh walaupun kita ada masalah tapi kita lebih kukuh. Lebih bersatu padu,” katanya.

Najib turut membuat pengakuan bahawa beliau sepatutnya memutuskan PRU-14 diadakan selepas Sukan SEA Kuala Lumpur dan BN boleh mencapai kemenangan.

Bagaimanapun atas desakan tertentu beliau menunda tarikh PRU-14 yang menyaksikan BN tewas.

“Soal bila pilihan raya. Saya tidak tahulah. Saya nak kongsi buat pertama kali saya nak mengaku sepatutnya kita buat pilihan raya umum ke-14 selepas Sukan SEA.

“Kalau kita buat lepas Sukan SEA barangkali kita akan menang besar. Tapi kerana desakan-desakan tertentu kita tangguh. Bila tangguh keadaan berubah,” katanya kedengaran kesal.

Semalam akhbar Nikkei berpangkalan di Jepun melaporkan Ismail Sabri berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan PRU15.

Menurutnya ketika ini negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

“Kita perlu menunggu masa sesuai (untuk membubarkan Parlimen). Kita kini menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga (barangan) yang tinggi… adakah anda fikir ini masa yang sesuai (untuk pilihan raya)?” katanya ketika ditemubual di luar persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo, minggu lalu. Temubual itu disiarkan media itu semalam.

Mengenai ada laporan pemimpin dalam UMNO menggesa PRU15 disegerakan,  Ismail Sabri berkata, pilihan raya tidak sepatutnya diadakan sehingga negara dapat mengekang inflasi, didorong sebahagiannya oleh kesan global perang di Ukraine.

Malaysia Gazette

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 10:46 PM | Show all posts
Apa punya hauk Pok Jib(yang kalah rayuan tu) ni

Kes mahkamah dia kalo boleh tangguh , dia cuba sedaya upaya tangguh

Tapi PRU tak sempat menyempat nak secepat mungkin

Kalo tak perasan game mamat ni , saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:19 AM | Show all posts
Btol jer cakap Najib ( yang tengah merengek merayu itu), the best time adalah masa musuh tgh poirak peranda...waktu tu peluang nk menang sgt tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp pak mael dan penasihat2 mesti nk terus stay jd PM. Kalo BN menang, pengaruh bossku unstoppable. Jaminan pak mael jd PM hanyalah janji politik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:48 AM | Show all posts
axl_bach replied at 3-6-2022 09:19 AM
Btol jer cakap Najib ( yang tengah merengek merayu itu), the best time adalah masa musuh tgh poirak  ...

betul tu..sekarang masa utk PRU sbb peratusan BN menang tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:54 AM | Show all posts
venom1 replied at 3-6-2022 09:48 AM
betul tu..sekarang masa utk PRU sbb peratusan BN menang tinggi

Dan peratusan Zahid dan Najib (yg tengah merengek merayu itu) utk kembali topple Pak Mail Kubau sngt tinggi....xkan kroni Pak Mail Kubau nak biar...

Now ada battle antara 2 clan dlm BN plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
… dan rakyat nk pemimpin kaki auta cam ko bayae cukai wahai pengkianat oiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ingatkan kita dah jatuhkan PM Najib. Kita kena jilat ludah sundri ke sekarang ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.289555 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list