CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1624|Reply: 26

[Tempatan] KJ kata Sekat Eksport Ayam: “Bukan Keputusan Yang Mudah.KJ menteri Pertanian?

[Copy link]
Post time 3-6-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SINGAPURA, 2 Jun (Bernama) – “Bukan satu keputusan mudah untuk kami buat,” kata Khairy Jamaluddin mengenai keputusan Malaysia sekat eksport sehingga 3.6 juta ayam mulai 1 Jun yang turut menjejaskan bekalan ke Singapura.

“Kami menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Jadi kami berharap ini adalah langkah sementara sehingga keadaan bekalan dan harga di Malaysia stabil,” kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana kejayaan larangan import dalam mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam. Khairy berada di sini selama empat hari sejak 31 Mei 2022 hingga 3 Jun untuk Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.

“Jelas sekali, kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran. Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.

“Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata, keadaan semakin pulih.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran. Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.

“Apabila perkara ini selesai, sudah tentu, kami berharap untuk meneruskan eksport ayam itik kami termasuk ke Singapura,” katanya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia – hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura

— BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa psl ayam pun nk kena jawab

Bajet pm ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Stop buying chickens for a week.  Jatoh la rege minggu depan.  Kasi ajor siked.  Problem solved.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:46 AM | Show all posts
kenapa menteri kesihatan yang buka mulut..atau menteri kesihatan merangkap menteri perdagangan dan juga pertanian???
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mencapub je
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia jaga vaksin utk ayam sekali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 3-6-2022 12:25 AM
Dh kenapa psl ayam pun nk kena jawab

Bajet pm ke

Terkenang zaman paklah jadi piem ler tuuuu..semua benda nak mencapub..last2 pakmertua tersungkur.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoo kj buat keje ko jela.. yg ko pi komen keje org apsal? Giler kuasaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia jawap pertanyaan wartawan sebb dia je ada Kat situ kot.tapi dia jawap secara umum lah ie keputusan negara menghadkan export ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:02 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 3-6-2022 09:55 AM

Ayam bakal jadi cebisan macam dalam bubur nasi McD je sekarang. Ni la kut taraf2 kualiti makanan zaman sekarang. Bubur McD sedap kan.. nak sangat kan.. nah amek amek.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai heran golongan pelahap ayam hari2 macam makanan ruji persis kfc mekdi sekali hidangan, mereka lahir 70-80an zaman kanak2 ketika itu makan ayam seminggu sekali,  ikan seminggu 4 kali,  lain2 mkn mee, snek petang pokok rambutan ciku nangka cempedak kelapa byk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:09 AM | Show all posts
glump replied at 3-6-2022 07:53 AM
Dia jawap pertanyaan wartawan sebb dia je ada Kat situ kot.tapi dia jawap secara umum lah ie keputus ...

wartawan ni mcm tau je
kj ni tny lh ape sj
ade je jwbnya nnt

bkn pk org kata sibuk portfolio ministry lain ke dak



Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 3-6-2022 08:02 AM
Ai heran golongan pelahap ayam hari2 macam makanan ruji persis kfc mekdi sekali hidangan, mereka lah ...

zaman berubah...makanan yg u sebut2 tu skrg lagi mahal sebelum kenaikan hrga ayam lg.
nak mkn buah2 skrg ni lagi la hazab yg dok bandar la, jgn cerita org yg tgl kat kg penuh pokok keliling rumah.
tapi skrg semua benda mahal, protein ke vitamin ke junkfood pun takde yg murah
bdk2 skrg kene bljr makan seadanya bkn melantak sebolehnya. kurang sikit ummah obesiti
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Singapore tengah freak out pasal ayam. Sapa2 menteri Msia yang masuk sana mesti kena tanya. Klu menteri Pas yang jaga alam sekitar tu masuk pun mesti kena tanya. Menteri pun kena jawab lah...err i think the chicken must wait few weeks then ok to send to singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:08 AM | Show all posts
Dah reporter tanya dia kat situ. So dia jawab ajelah based on his capacity in general. Takkan nak ckp not my portfolio plak. Apa isunya...???
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:09 AM | Show all posts
semua keje menteri dia nak sapu....


gila kuasa...
gila nama...
gila harta...
semua gila...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 09:10 AM | Show all posts
ninja boy replied at 3-6-2022 08:02 AM
Ai heran golongan pelahap ayam hari2 macam makanan ruji persis kfc mekdi sekali hidangan, mereka lah ...

iols x lahir lg zaman tu. tp kalo dgr citer org tua ayam dulu suatu commodity mewah ye. tp skang ikan pula lg mahal. no wonder lah org dulu2 slim. susah nk cari org gemuk dlm album gambar lama2
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:12 AM | Show all posts
Jawab je la selagi boleh kj.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:17 AM | Show all posts
Dah wartawan tanya, dia jawab ler in general...
takkan nak jawab mcm kebanyakan org yg kerja gomen maupun swasta, "ini bukan kerja saya..."
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:51 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 3-6-2022 08:02 AM
Ayam bakal jadi cebisan macam dalam bubur nasi McD je sekarang. Ni la kut taraf2 kualiti makanan zam ...

Tak mustahil esok esok kita makan jagung jer macam citer Interstellar tu. Awwww nyaah oiiiiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050283 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list