CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 1

Sanggup Rentas Sarang Harimau, Berenang Sejam Dalam Lubuk Buaya Demi Jumpa Kekasih

[Copy link]
Post time 3-6-2022 07:19 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Seorang wanita di Bangladesh sanggup merentasi sebuah kawasan hutan yang menjadi sarang harimau sebelum berenang di sebatang sungai didiami buaya selama sejam demi bertemu kekasihnya di India, lapor akhbar Daily Star.


Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India bernama Abhik menerusi laman Facebook dan mereka saling jatuh cinta.


Pasangan kekasih itu kemudian merancang untuk berkahwin, namun Krishna tidak memiliki pasport untuk memasuki India secara sah, lapor majalah India Today.


Foto: India Today




Kekurangan itu bagaimanapun tidak menghalang rancangan Krishna untuk mengahwini kekasih hatinya apabila dia membuat keputusan nekad mahu memasuki India secara haram.


Menurut sumber polis, gadis berkenaan merentas hutan paya Sundarbans  yang merekodkan sebilangan beberapa kes kematian akibat serangan harimau.


Dia kemudian berenang selama sejam di Sungai Matla yang menjadi lubuk  buaya.


Krishna bagaimanapun berjaya mengharungi semua ‘halangan’ tersebut dan pada 28 Mei lalu, dia mengahwini Abhik di bandar Kolkata.


Kisah keberanian gadis itu menjadi buah mulut penduduk daerah South 24 Parganas di Bengal sehingga menyebabkan dia ditahan polis dua hari selepas perkahwinannya berlangsung atas dakwaan memasuki India secara haram. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup bahayakan diri demi jantan leluhur walaupun kau tau kaum wanita dekat sana dipandang hina sehinanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060776 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list