CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 0

Bengang Ditinggalkan- Lelaki Culi, Cacah Tatu Namanya Di Muka Bekas Kekasih

[Copy link]
Post time 3-6-2022 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Rio De Janeiro: Berang apabila pasangan meminta memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki bertindak menculik bekas kekasihnya itu dan mencacah tatu namanya di wajah mangsa.


Oddity Central melaporkan, Tayane Caldas, 18, dari Sao Paulo, Brazil, sedang dalam perjalanan ke sekolah, apabila dia didatangi bekas teman lelakinya, Gabriel Coelho.


Lelaki itu memaksa remaja terbabit masuk ke dalam sebuah kereta.




Foto: Agensi




Bimbang akan diserang jika tidak mematuhi arahan, remaja itu masuk ke dalam kenderaan berkenaan dan dibawa ke rumah lelaki itu di perbandaran Taubate.


Di sana, Coelho, 20, mencacah tatu nama penuhnya di sebelah kanan muka gadis itu, dari telinga, sehingga ke dagu.


Walaupun dia tidak menafikan melakukan tatu itu, Coelho mendakwa Tayane kelihatan gembira dan membiarkan dia melakukan perbuatan berkenaan.


Keesokan harinya, ibu Tayane memfailkan laporan orang hilang dengan polis tempatan dan berjaya menjejakinya ke kediaman Coelho.


Dia kemudian membawa anak perempuannya pulang.


Selain itu, dia mengesyorkan remaja itu untuk mendakwa bekas teman lelaki, bukannya sekadar menutup tatu muka baharunya dan beberapa kesan lebam.


Coelho akhirnya ditahan.


Selain berdepan tuduhan jenayah baharu, dia juga akan menjalani hukuman kerana tidak mematuhi dua perintah sekatan yang difailkan oleh Caldas pada 2021, dan satu lagi tahun ini.


"Saya takut kepadanya," kata Caldas kepada TV Band Vale.


"Undang-undang hari ini, semua orang tidak tinggal di (penjara) lama, dan dengan keadaan ini, saya takut kepadanya," katanya.


Selepas peguam Caldas berkongsi pengalaman pahit anak guamnya itu di internet, beberapa kedai tatu bergabung untuk membantu remaja berkenaan.


Remaja itu kemudian menghadiri sesi pembuangan tatu menerusi laser pertamanya, dalam usaha untuk memadamkan tatu pada wajahnya. CARI


Sumber: harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051396 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list