CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1073|Reply: 8

2 Maut Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Pancit

[Copy link]
Post time 3-6-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan dua lelaki termasuk seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Bukit Rotan berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dirempuh sebuah lori, semalam.


Dalam kejadian 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 55 dan 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati tayar Proton Preve dinaiki kakitangan berusia 55 tahun yang juga penyelia KKM di Seremban, Negeri Sembilan sebelum itu, dikatakan pancit.




Harian Metro




Katanya, lelaki berusia 40 tahun yang memandu Proton Wira datang ke tempat kejadian dan cuba untuk membantu.


"Tidak lama selepas itu, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.


"ada masa sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini.


"Kenderaan berat itu kemudian melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurut Ramli, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.







Sementara itu, video berdurasi 15 saat memaparkan kejadian berkenaan tular di Facebook, sejak semalam.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 12:50 PM | Show all posts
Sebab tu nak repair pun kalau boleh cuba rapat benar2 ke bahu jalan jangan main stop ikut suka je.  Kedua jangan lupa pasang red triangle tu supaya kenderaan dari jauh boleh alert ada kenderaan rosak ditepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:55 PM | Show all posts
yang i nampak lori tu laju je menonong celah mana elak ke kanannya..
zaman most kenderaan ada cam ni tak payah la kau nak menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 03:01 PM | Show all posts
lori ni kan klu jalan kt area sini klu slow, slow sgt mcm siput..
klu laju, laju sgttttt...mcm haram jadah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 03:03 PM | Show all posts
Lori tu yg hanatt.. dah la laju.. makan jalan masuk ke lane kecemasan. ada video. pastu kata titik buta la pala bana dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sengaja jer dari jauh nampak ada orang makin otak jahat nak rebas orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori tu memang ngendeng ke kiri jeee.. mcm dia yg nak laju potong kiri..

Apeeee kenaaa dgn pemandu lori tu weii.. dah kena belasah ke tak ni... !!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 03:27 PM | Show all posts
datang mana mesdis dari kanan?
palat darat ni yang sial
elak mesdis konon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-6-2022 01:55 PM
yang i nampak lori tu laju je menonong celah mana elak ke kanannya..
zaman most kenderaan ada cam ni ...

Betul dia elak kekanan lepas langgar arwah2 ni pastu macam terkena kereta kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048871 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list