View: 844|Reply: 9
|
[Tempatan]
Penduduk kiciwa dan rimas Bandar Springhill Port Dickson penuh lembu berkeliaran sudah berlarutan lama
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 3-6-2022 05:34 PM
Penduduk rimas Bandar Springhill penuh lembu
PORT DICKSON: Isu lembu berkeliaran di kawasan taman perumahan di sekitar Bandar Springhill bukan baharu, malah sudah banyak kemalangan disebabkan ternakan itu dibiar bebas tanpa pengawasan oleh penternak.
Penduduk, Vira Hashim yang menetap di kawasan berkenaan sejak lebih 15 tahun lalu, berkata Bandar Springhill kawasan yang cantik, namun dicemari dengan kehadiran ratusan lembu berkelirana sepanjang waktu.
"Saya amat kecewa kerana hampir setiap hari kawasan perumahan di sini dipenuhi lembu-lembu berkeliaran bebas. Selain najisnya yang bersepah di atas jalan atau kawasan taman, kemalangan disebabkan lembu juga kerap berlaku," katanya.
Katanya, isu yang sudah lama berlanjutan itu kerap diadu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi berterusan sehingga kini dan tiada tanda-tanda jalan penyelesaian jangka panjang akan diambil.
"PBT perlu lebih kerap buat operasi tangkap ternakan ini, perlu bertegas dengan pemilik dengan mengenakan denda tinggi dan tidak bertolak ansur soal denda agar mereka serik dan tidak membiarkan lembu peliharaan berkeliaran.
"Port Dickson kawasan pelancongan, sepatutnya masalah ini sudah lama diatasi kerana secara tidak langsung, ia memberi imej tidak baik, tambahan pula di Bandar Springhill terdapat satu pusat pendidikan bertaraf antarabangsa, Universiti UCSI.
"Sejak beberapa tahun lalu, boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja kemalangan di jalan lama Seremban-Port Dickson dan jalan dalam kawasan taman yang berpunda daripada lembu berkeliaran," katanya.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa mengakui masalah itu sudah lama berlarutan dan pihaknya sentiasa mengambil tindakan dari semasa ke semasa serta berdasarkan aduan yang diterima.
"Pemilik lembu perlu jaga ternakan mereka, jangan biar berkeliaran masuk kawasan perumahan dan di jalan kerana akan menyebabkan kacau ganggu, menjejaskan kebersihan jalan, kerosakan landskap dan kemalangan.
"Lembu di kawasan Bandar Springhill ini susah nak tangkap, perlu buat pagar untuk halau masuk, tambahan pua kawasan ini terlalu luas," katanya memberi amaran pihaknya akan mengenakan denda maksimum RM2,500 ke atas pemilik bagi setiap lembu mereka yang ditangkap.
Sumber © New Straits Times Press (M) Bhd
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akak pernah jumpa saudara mara husband akak
dia cerita dia tinggal di Spring Hill
akak sangka dia tinggal di Eropah, rupanya di negeri sembilan |
|
|
|
|
|
|
|
Sembelih je. Beli peti sejuk beku. Bekalan utk 6 bulan mungkin. Tak yah pening2 harga bahan mentah mahal. Tak yah kayakan kartel daging.
|
|
|
|
|
|
|
|
emangnya kat n9 bersepah lembu sana sini kan? iols tak berapa familiar dengan satu negeri ni, cuma takat lalu nak pegi ke terminal 1 je masa naik bas. Nampakla taik lembu bersepah tetengah jalan tu, tak ingat jalan mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu kat NS paling banyak kes bela lembu main lepas sana sini hingga najis mengotorkan jalan dilapurkan . Pasti rasa malu dengan orang luar yang berkunjung ke kawasan mereka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
biar bonar
|
|
|
|
|
|
|
|
ras adiba tersenyum sinis bila dapat tahu banyak oku buta dan pekak di ambil kerja sebagai penguat kuasa kat port dickson. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk la bangsa mana yang ramai situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasain, vote lagi ahli Parlimen PM tepi |
|
|
|
|
|
|
| |
|