View: 675|Reply: 3
|
[Dunia]
BNN musnah 5 hektar ladang ganja di Aceh
[Copy link]
|
|
PEMUSNAHAN ladang ganja di Aceh, Indonesia. - AFP/Chaideer Mahyuddin
BNN musnah 5 hektar ladang ganja di Aceh
JAKARTA – Sebuah ladang ganja seluas lima hektar yang terletak di kawasan Hutan Pergunungan Leuser, daerah Blangkejeren, dalam wilayah Aceh telah dimusnahkan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia, lapor laman berita Merdeka.com semalam.
BNN bekerjasama dengan Agensi Maklumat Geospatial (BIG) dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN) ketika melakukan kerja-kerja pemusnahan.
Menurut laman berita Antara News, ladang ganja seluas lima hektar itu ditemui oleh pasukan BNN pada 24 Mei lalu.
Aktiviti pemusnahan telah dilakukan di bawah pimpinan Timbalan Pengarah Narkotik Pemberantasan BNN, Brigedier Jeneral Roy Hardi Siahaan.
“BNN juga bekerjasama dengan BNN daerah Gayo Lues, Kejaksaan Negeri, Polis dan Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol) daerah Gayo Lues untuk mengerahkan seramai 143 kakitangan.
“Kerjasama pasukan berjaya memusnahkan 20,000 batang pokok ganja dengan jumlah berat 10 tan,” kata Roy Hardi.
Sambutan Hari Anti-Narkotik Antarabangsa (HANI) yang jatuh 26 Jun pada setiap tahun menjadi momentum kepada keprihatinan masyarakat dunia dalam menangani isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah secara haram.
Menjelang sambutan HANI 2022, BNN sedang mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dadah melalui pelbagai cara termasuk pemusnahan ladang ganja. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... dang-ganja-di-aceh/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari bakar begitu better jual ke negara legal weed...
Berapa ramai yang high during process bakar |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kali pertama dah berkali mereka lakukan |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen indon ni mmg kepala otak tak betul
Semua benda nak bakar
Kapal nelayan mesia termasuk sempadan dia pun kena bakar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|