View: 529|Reply: 1
|
[Perlis]
Terpedaya untung 13 kali ganda, suri rumah kerugian RM71,000
[Copy link]
|
|
Kangar: Seorang suri rumah kerugian RM71,100 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi media sosial yang menawarkan keuntungan 13 kali ganda dalam masa kurang empat hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Perlis, Superintendan Wan Aeidil Wan Abdullah berkata, mangsa berusia 54 tahun itu dikatakan melihat satu iklan pelaburan di Facebook pada 20 Mei lalu.
Katanya, mangsa kemudian menekan pautan pada laman Facebook berkenaan yang membawa ke aplikasi Telegram dan selepas mendapat penerangan mangsa mula membuat pindahan wang permulaan RM8,600 ke akaun yang diberikan suspek pada 24 Mei.
"Selepas itu, suspek memaklumkan mangsa sudah memperoleh keuntungan besar dan menawarkan mangsa untuk melakukan pelaburan lagi walhal keuntungan yang didakwa itu belum diterima mangsa.
"Mangsa yang mempercayai kata suspek kemudian memindahkan lagi wang tambahan pelaburan sehingga jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan adalah berjumlah RM71,100 bagi tempoh seminggu bermula 24 Mei sehingga 30 Mei," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, mangsa mulai mahu menuntut modal serta pulangan pelaburan yang sudah dilakukannya namun suspek memberi pelbagai alasan menyebabkan mangsa tampil membuat laporan polis Balai Polis Kangar semalam.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis sedang mengumpul maklumat pemilik akaun bank digunakan suspek untuk transaksi pelaburan berkenaan," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh Januari sehingga semalam, sebanyak 22 kertas siasatan dibuka oleh membabitkan kes pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui media sosial membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM200,000.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, dua kes dikesan berlaku menerusi laman Facebook dengan kerugian berjumlah RM25,736.00.
"Selain itu, 12 kes pula dikesan berlaku melalui Telegram dengan kerugian RM69,797.16, satu kes melalui Instagram dengan kerugian RM21,406.
"Manakala, tujuh kes adalah membabitkan lain-lain medium dengan kerugian RM94,453.40," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-kerugian-rm71000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyak nya orang jahat sekarang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|