View: 10498|Reply: 100
|
[Jenayah]
Wanita mengandung ditemukan mati dengan kesan tembakan. Update #50 Motif dipercayai cemburu
[Copy link]
|
|
Edited by LoveSungmin at 5-6-2022 04:16 PM
Wanita mengandung ditemukan mati dengan kesan tembakan
Pasir Mas: Wanita mengandung ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.
Mangsa berusia 26 tahun yang mengandung tujuh bulan ditemui jam 4 petang oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa bekerja sebagai peniaga ditemui terbaring di tempat duduk pemandu.
"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di perut kiri mangsa dan ibu mangsa memaklumkan wanita itu mengandung tujuh bulan.
"Hasil temubual saksi juga mendapati, kenderaan jenis Nissan Cefiro diparkir di tepi jalan sejak petang kelmarin.
"Terdapat satu biji kelongsong peluru ditemui di bahagian kaki tempat duduk penumpang belakang sebelah pemandu. Semakan awal mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas nama mangsa sendiri.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 40 tahun jam 11.30 malam tadi.
"Suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan di Pasir Mas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Disiarkan pada: Jun 5, 2022 @ 7:34am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan lg..tahniah pas..byk btl penjenayah kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang mood sekejap baca news macam ni awal pagi
Apalah motif mangsa kena bunuh...? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nk jadi dengan negara Malaysia ni...mati2 baca tajuk aku ingat kat Brazil atau Africa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-6-2022 09:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta
Syaherah Mustafa
[email protected]
Pasir Mas: "Dia hanya beritahu nak keluar mengurut kerana lenguh badan akibat mengandung dan meminta saya menjaga tiga anaknya. Tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui," luah Zawiah Sulong, 68.
Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.
Katanya, cucunya keluar rumah kira-kira 8 malam Jumaat lalu, namun kemudian tidak pulang sehingga keesokan harinya.
Menurutnya, dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan-rakan rapat cucunya selain menelefon beberapa kali tetapi tidak dijawab.
"Saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, di sini, namun diberitahu anaknya tidak pulang ke sana. Khabar itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara memberitahu kereta miliknya tersadai di tepi jalan.
"Saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut melihat orang ramai dan polis, selepas itu barulah saya tahu kejadian sebenar.
"Mengucap panjang saya melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
"Tiga anak arwah ada dengan saya berusia tiga sehingga 10 tahun dan mereka masih dalam keadaan terkejut, malah yang paling kecil asyik menangis 'mencari' ibunya kerana mereka sangat akrab," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zawiah berkata, mangsa adalah cucu yang dipelihara seawal usia 10 hari dan sangat rapat dengannya, selain tinggal serumah selepas mangsa bercerai dengan suaminya, Februari lalu.
"Dia cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting sahaja, jadi saya agak terkejut kejadian sebegini terjadi padanya. Dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya.
"Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi terus menjaga anak-anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini. Insya Allah, selagi nyawa dikandung badan saya akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai mana saya membesarkan ibu mereka.
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi sebagai memenuhi permintaan ibu kandungnya sebaik proses bedah siasat selesai," katanya.
Katanya, dia berharap agar pembunuh cucunya dapat segera ditangkap dan diberi hukuman setimpal selain menjadikan pengajaran buat orang lain supaya berfikir dahulu sebelum bertindak agar tiada nyawa yang menjadi korban.
Berita berkaitan:
Wanita mengandung ditemukan mati dengan kesan tembakan
Disiarkan pada: Jun 5, 2022 @ 8:45am |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 5-6-2022 09:05 AM
Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta
Syaherah Mustafa
[email protected]
Bekas suami ke yg bunuh?..kalau la bekas suami yg bunuh...apa kena la dgn jantan2 kelantan ni |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 5-6-2022 08:09 AM
Kelantan lg..tahniah pas..byk btl penjenayah kat situ
Penat mat zaki harun sari dua nihhh..macam2 kes timbul..rogol jer dah berderet.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam kat Mexico. Apa nak jadi dgn Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni siapa yg disyaki? nape blh bcerai depa tu dah la tgh peknen sarat. apa komen ex suami? |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 5-6-2022 09:05 AM
Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta
Syaherah Mustafa
[email protected]
Umur 26..ada anak umur 10..dpt anak umur 16 la kannn..so kahwin umr 15? |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek jaga cucu masa umo 10hari. Skang jaga cicit 3 orang. Mak arwah ni cam xde fungsi je. Senang je kat sana main tembak2, xsuka tembak. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak syak kes salah bunuh orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh jumpa satu kelonsong peluru saja?
Bukan pembunuh upahan la. Pembunuh dikenali. |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 5-6-2022 09:05 AM
Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta
Syaherah Mustafa
[email protected]
ya allah kesiannya, anak kecik2 lg, tapi adik ni nikah awal kot ye umur baru 26 anak 10tahun dah, punca cinta di tolak ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru baca berita ni kat fb, terus iols msk forem kot ada citer lbh detail.
Kalu tak suka pun, jgn la sampai bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Seram nak baca berita beberapa hari n
Manusia semakin kejam, nyawa manusia mcm dah tiada nilai.
Nampak gambar cantik gak arwah, muda lagi |
|
|
|
|
|
|
|
cerai bln feb. pregnant 7 bln skrg.
ditembak pd perut. mmg nk baby mati ke |
|
|
|
|
|
|
|
speechless bila terbayang anak2 yg kecik lagi ditinggalkan, harap Allah swt bagi hidayah kpd suami nya utk jaga anak2 nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|