CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 743|Reply: 0

Quartararo juara di Catalunya, Espagaro berdepan mimpi ngeri

[Copy link]
Post time 6-6-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO mempamerkan tunggangan meyakinkan di Litar Catalunya. FOTO AFP

Montmelo: Penyandang juara MotoGP, Fabio Quartararo meneruskan penguasaan pendahulu keseluruhan musim ini selepas memenangi Grand Prix (GP) Catalan dengan dibantu oleh kesilapan pencabar terdekatnya, Aleix Espargaro.

Ia situasi berbeza buat pelumba Yamaha itu berbanding Espargaro dari Aprilia, yang boleh dianggap sebagai mimpi ngeri sejak awal perlumbaan hingga tamat saingan.

Selepas bermula dari petak utama dia dipintas Quartararo di selekoh pertama dan pelumba Perancis itu langsung tidak memberi ruang.

Ketika saingan menuju ke kemuncak Espagaro mengangkat tangan dengan menyangka dia sudah menduduki tempat kedua sedangkan masih berbaki satu lagi pusingan.

"Apa yang boleh saya katakan kepada pasukan hanyalah minta maaf. Ia kesilapan yang tidak boleh diterima pada peringkat ini.

"Ia memang salah saya secara keseluruhan. Saya memang terlupa di sini pusingan terakhir dicatatkan dengan nombor kosong bukannya satu. Jika mahu menumpaskan Fabio untuk gelaran keseluruhan saya tidak boleh melakukan kesilapan seperti ini," kata Espagaro.

Kesilapannya menyaksikan rakan senegara, Jorge Martin dari Ducati Pramac menduduki tempat kedua, diikuti Johan Zarco di tempat ketiga,

Quartararo mengukuhkan kedudukan pendahulu dengan kelebihan lapan kepada 22 mata selepas sembilan pusingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erdepan-mimpi-ngeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037332 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list