CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2597|Reply: 30

[Tempatan] Suami isteri maut dipercayai dirempuh pemandu Myvi mabuk

[Copy link]
Post time 6-6-2022 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri maut dipercayai dirempuh pemandu Myvi mabuk



ANGGOTA keselamatan mengangkat mangsa yang maut. FOTO Ihsan Polis.


Jasin: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki dirempuh Perodua Myvi yang dipercayai dipandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai, di sini, hari ini.

Kejadian pada 7.45 pagi itu mengakibatkan mangsa Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@mohamad Zaki Omar berkata, kejadian itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kenderaan dipandu pemuda berusia 24 tahun.

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa yang maut bersama penunggang motosikal Yamaha Lagenda berusia 57 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Merlimau manakala Perodua Myvi pula dari arah bertentangan.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mabuk hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Ketika kenderaan itu memasuki laluan bertentangan kedua-dua motosikal yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan membrek lalu bertembung," katanya.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun terbakar, manakala sebuah lagi motosikal yang diletakkan dibahu jalan turut dirempuh Perodua Myvi berkenaan.

"Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di badan.

"Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka," katanya.

Menurut beliau, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan manakala mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pemandu-myvi-mabuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
byk tol org mabok ni bunuh org
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 02:11 PM | Show all posts




Ni pun pemandu myvi gila...dan2 mengaku imam mahadi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KAMPAR - Seorang penjawat awam maut dilanggar pemandu disyaki mabuk dalam nahas di Kilometer 1, Jalan Kuala Dipang- Malim Nawar di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, laporan awal kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dan Honda Civic yang dinaiki dua lelaki.

Menurutnya, isteri mangsa berusia 33 tahun cedera ringan manakala anak lelakinya berusia tiga tahun mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala.

"Hasil siasatan mendapati Honda Civic telah memasuki laluan kenderaan mangsa menyebabkan berlaku pertembungan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Kampar maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Mohamad Nazri berkata, pemandu Honda Civic berusia 29 tahun ditahan selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

"Suspek direman lima hari bagi membantu siasatan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber : Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosak budak2 muda ni sebab dadah, arak. Masih kurang diajar lagi ke atau sosial melampau?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 6-6-2022 02:11 PM
Ni pun pemandu myvi gila...dan2 mengaku imam mahadi

pemandu ke tu dok kerusi belakang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 6-6-2022 02:11 PM
Ni pun pemandu myvi gila...dan2 mengaku imam mahadi

Eh dia masih elok ek dalam kereta tu geramnya lah..!! Org lain cedera mmg patut pun kdg org laju je nk bantai depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 6-6-2022 04:33 PM
KAMPAR - Seorang penjawat awam maut dilanggar pemandu disyaki mabuk dalam nahas di Kilometer 1, Jala ...

Dah kenapa atas jasin yang ini kampar perak?

Ko pun mabuk ketum ke... habis sekolah x ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2022 03:22 PM | Show all posts
"emandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka," katanya.
CEDERA RINGAN..neraka lah kau kalau arwah ada anak yang masih perlukan kasih sayang mereka  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya baca
org tak bersalah yg kena
patutnya yg mabuk tu mati
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
orang mabuk langgar mati orang vs amoi  langgar gang basikal lajak.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujong2 ummah mampos sebab kebodohan orang lain sis! Mesti statistik ummah mampos la ni lagi ramai berbanding era covid mengganas tempoh hari bukan sis?? Ujong2 covid rupanya yang jadi penyelamat ummah dek. Sebabkan covid, ummah2 bodoh ni kena paksa berkurung dalam rumah dek. TERIMA KASIH COVID!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 6-6-2022 09:47 PM
Ujong2 ummah mampos sebab kebodohan orang lain sis! Mesti statistik ummah mampos la ni lagi ramai be ...

Ironi kan bang pookey...sbb covid, bnyk nyawa terhindar dr berada di jalanraya. Bila dah bukak berlumba nak mati
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 6-6-2022 02:54 PM
Dah kenapa atas jasin yang ini kampar perak?

Ko pun mabuk ketum ke... habis sekolah x ni

kes lelain tu sis.. yang jasin tu, mangsa yang meninggal suami isteri naik motor.. yang kampar tu, mangsa yang meninggal suami je tapi naik kereta.. dedua pun disebabkan pemandu mabuk.. mula dah pemandu mabuk nak mendunia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 01:19 AM | Show all posts
Normabaru replied at 6-6-2022 02:54 PM
Dah kenapa atas jasin yang ini kampar perak?

Ko pun mabuk ketum ke... habis sekolah x ni

2 kejadian yg berbeza la maksudnye
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 7-6-2022 03:19 AM
2 kejadian yg berbeza la maksudnye



Dah tu apa kaitan dgn bng ni..Ko br bporum ke dik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 7-6-2022 03:14 AM
kes lelain tu sis.. yang jasin tu, mangsa yang meninggal suami isteri naik motor.. yang kampar tu, ...

Mmg la lain..tu soklan bkn utk cari jwpn..tu soklan nk tny porumer tu pun mabuk skali ke

Org lain just letak Komen tp dia tefek full news tu

sah2 la salah tefek..sbb tu dia xreti bukak benang sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sure dreba bangsa kapir punya. Kalau dreba molayu sure disebut bipolar
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2022 11:09 PM
Ironi kan bang pookey...sbb covid, bnyk nyawa terhindar dr berada di jalanraya. Bila dah bukak ber ...

Itulah khennn sis? Pening akak tengok cara ummah berfikir sis. Dah elok2 covid ada, kau orang taknak mati sis. Tapi bila tiba2 covid dipandang sepi, berlumba-lumba la pulak masing2 nak mati. Pilih nak mati dalam keadaan ngeri pulak tu sis. Adoi laaa….
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.505556 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list