View: 772|Reply: 1
|
Tetap puji anak buah walaupun kena belasah
[Copy link]
|
|
Jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah kebangsaan, Rodney So'oialo.
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah kebangsaan (Bungaraya 15s), Rodney So'oialo tetap berbangga dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya walaupun dibelasah 55-10 oleh Korea Selatan dalam Kejohanan Ragbi Asia Lelaki 2022, Jumaat lalu.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa akur dengan kekuatan Korea Selatan dan pulang awal daripada saingan.
Namun bekas kapten New Zealand itu mengakui keazaman tinggi dipamerkan anak didiknya harus dipuji.
"Keinginan dan keazaman untuk bermain mewakili negara, sememangnya itu saya tak boleh ragui sama sekali," kata So'oialo.
"Saya berbangga yang mereka tidak menyerah kalah dan memberikan segala-galanya, walaupun dengan kekurangan yang kami miliki."
Penyertaan pasukan Malaysia di Incheon, Korea Selatan itu adalah yang pertama sejak hampir dua tahun tidak menyertai perlawanan kompetitif disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Untuk rekod, kekalahan 55-10 itu bukanlah yang teruk pernah dialami kerana pernah dibelasah 14-52 pada 2019 dan 12-67 (2018) di tangan lawan sama.
Bagaimanapun jurang kekalahan besar itu mampu dikecilkan di laman sendiri, tewas 10-35 pada 2018 dan 16-38 (2019) di Bukit Jalil ketika format pertandingan membabitkan aksi di laman sendiri dan lawan diguna pakai sebelum ini.
"Bagi membolehkan pasukan bersaing dengan pemain profesional, kita perlu melihat kepada program semi profesional yang bakal membolehkan pemain berada dalam keadaan fizikal dan mental yang lebih bersedia," kata So'oialo.
https://www.bharian.com.my/sukan ... laupun-kena-belasah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|