CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2597|Reply: 26

Sebutir Nasi Pun Tak Ada! -Katering Tamak Buat Hal, Batal Tempahan Beberapa Jam Sebelum Kenduri Kahwin Mula

[Copy link]
Post time 7-6-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Kulai: "Kami kusut apabila syarikat katering membatalkan tempahan makanan beberapa jam sebelum majlis perkahwinan bermula," kata pasangan pengantin baharu, Muhammad Khairun Nazri Mohammad, 24, dan pasangannya Fatin Zahira Rosli, 26.


Menurut Muhammad Khairun, sikap tidak bertanggungjawab syarikat katering itu menyebabkan kelancaran majlis mereka di Taman Putri, Kulai di sini, terganggu.








"Bayangkan pada jam 7 pagi, syarikat katering membuat panggilan telefon memaklumkan tidak sempat menyiapkan makanan kerana mengambil tempahan daripada lima majlis keramaian secara serentak.


"Kami tidak mengenali syarikat katering yang difahamkan beroperasi di Segamat itu sebaliknya semuanya diatur oleh syarikat perancang perkahwinan.


"Cubaan kami mendapatkan penjelasan daripada syarikat perancang perkahwinan gagal malah mereka hanya membayar RM3,000 daripada RM16,700 yang dibayar untuk penyediaan makanan," katanya.


Muhammad Khairun Nazri berkata dia dan pasangannya bagaimanapun bersyukur apabila saudara-mara yang hadir sanggup menawarkan bantuan dengan bergotong-royong menyediakan makanan pada saat akhir.


Katanya, dengan bantuan itu majlis perkahwinan mereka dapat diteruskan dengan kehadiran 1,000 tetamu.


"Kami difahamkan syarikat katering berkenaan juga melakukan perkara sama terhadap dua lagi pasangan," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di sini semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan menerima laporan daripada pasangan berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 10:43 AM | Show all posts
buat report pastu viral je nama company..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohbulan ckp wedding planner xbyr..mana satu betul n8?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tamak ambil tempahan, pastu aniaya orang macam ni. Tak selamat hidup.

Elok disclose je nama, sekali dgn wedding planner.

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 10:50 AM | Show all posts
Gila. Saman je diorang ni. Mana nak letak muka, benda ni confirm orang akan sembang sampai mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
apa2 pun, wat report polis...  senang2 wedding planner ke katering ke dok nipu customer...

malu besar tuan rumah, bila jemputan dtg tp takda makanan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana TT tau masalah katering tamak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:12 AM | Show all posts
eeii bodohnyaa. dah tau byk job kau x blh bgtau awal2 ke x boleh nk masak?? buat naya org je. elok laa up je nama wedding planner ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 11:23 AM | Show all posts
aku kalau bab bab makan nak bg tetamu kalau tak cukup, seram woooi
buat open house kecik2 kawasan taman pon aku da seriau 4, 5 , 6 kali cek lauk cukup ke tak
ni kan jemputan kawen lagi 4 jam tak buat apa2 lagi
baik pengsan dulu sebelum majlis ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:25 AM | Show all posts
pernah jadi kat my ex boss.. dah la tu la satu-satunya anak pompuan dia, boleh plak katering buat taik.. majlis buat kat dewan, kat mana nak masak.. terpaksa la borong makanan dari restoran terdekat.. menangis-nangis boss iols time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 7-6-2022 11:23 AM
aku kalau bab bab makan nak bg tetamu kalau tak cukup, seram woooi
buat open house kecik2 kawasan ta ...


Ada juga alasan kukuh nak guna tak jamu tetamu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:28 AM | Show all posts
"Cubaan kami mendapatkan penjelasan daripada syarikat perancang perkahwinan gagal malah mereka hanya membayar RM3,000 daripada RM16,700 yang dibayar untuk penyediaan makanan," katanya.


ko deal dengan wedding planner..then salahkan wedding planner lah..kejadah nk lahar catering company plak?catering company amik 10 job serentak xde masalah pun kalau dorang rasa boleh buat and dorang dah dibayar ikut agreement..ni ko punya wedding planner byr pun tak sampai 25% ke catering company...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hanattttt...kalau jadi kat iols mau gelabah pastu sedar2 kat katil hospital kot. pagi baru inform dah kenapa???macam la sehari sebelum tu tak blh estimate takdan nak msk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kensuri sepupu ai dlu kes lauk nasik semua x cukup..order 1000 pax .tp tgk kuantiti yg smpi mcm 500 pax x smpi .ni yg dr aciklong ai die peniaga mknn gak..bleh estimate dr saiz periuk yg smpi... owner katerer xmuncul2..call x angkat..budak2 katerer je ade..tp truskan..half way tu kakak ngantin p berambat borong 2 tong nasik dan ayam2 grg dr kedai nasik campur terdkt termasuk 30 ekor ayamas...nayaaa...bile port mortem,mak ngantin ckp katerer "tersilap" tgk kuantiti kat sebut harga.time tu die ade malh rumahtgga katenye,xleh fokus...babinye alasan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:35 AM | Show all posts
Jadikan pengajaran.. Pastikan ada black and white sebelum berurusan supaya boleh failkan tuntutan sivil di Mahkamah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya owner syarikat catering ni....naya org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 01:50 PM | Show all posts
sembelih je mereka ni-atau bakar or kerat2 je
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh handle majlis serentak? Tapi dngarnya wedding planner yg tak bayar duit ke katering
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:47 PM | Show all posts
Ramai je perangai macam ni sekarang mengaku melayu islam tapi menipu macam tu macam tak ada rasa bersalah langsung.  Paling2 pun nanti tuduh sana tuduh sini pusing cakap sana pusing cakap sini asalkan mereka terbebas akhirnya yang minta perkhidmatan pula yang dipersalahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 7-6-2022 10:47 AM
Ohbulan ckp wedding planner xbyr..mana satu betul n8?

Wedding planner byr rm3k je.....

Tapi klu byr penuh, dia lari mcmana?.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.064420 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list