CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 4

[Tempatan] Ubahsuai rumah ala kuil...pihak berkuasa ambil tindakan.

 Close [Copy link]
Post time 7-6-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik sebuah rumah ala ‘kuil’ di Taman Surian, Mantin di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.



Beliau berkata, susulan isu tersebut, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MBS.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan.

Dakwanya, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan (MBS) melainkan notis memberhentikan kerja pengubahsuaian dikeluarkan kepada pemilik rumah berkenaan.

https://www.kosmo.com.my/2022/06/07/mbs-arah-henti-ubah-suai-rumah-ala-kuil-di-mantin/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 12:50 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 05:55 PM | Show all posts
kaya nie...2 biji reno tros
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah viral khen
Skang apa apa hal.kena.viral
Baru cpt.tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:36 PM | Show all posts
biasa la officer melayu pemalas dan pelahap rasuah dalam kerajaan.

bila viral baru dia buat kerja  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069030 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list