View: 596|Reply: 1
|
[Tempatan]
Elak beri anak dijangkiti HFMD makanan, minuman panas
[Copy link]
|
|
SLIM RIVER: Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) perlu mengelak mengambil makanan dan minuman panas bagi membantu merawat ulser dalam mulut.
Pengamal perubatan, Dr Hanafi Yahya, 38, berkata sebaik-baiknya kanak-kanak yang mempunyai ulser di dalam mulut akibat HFMD diberikan makanan dan minuman sejuk.
"Selain gejala seperti demam, ada juga ruam berisi air atau 'vesicle' pada tangan, kaki, mulut dan lidah yang menyebabkan kanak-kanak dijangkiti HFMD kurang selera makan disebabkan ulser dalam mulut.
"Jika ada keperluan, doktor akan beri ubat anti viral kepada pesakit. Jika pesakit kekurangan air dalam badan, perlu dibawa ke hospital untuk dimasukkan air dalam badan," katanya ketika ditemui di Poliklinik Dr Hanafi, di sini hari ini.
Beliau merawat Muhammad Afiq Aryan Rosman, 7, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Budak Kangkung' yang dijangkiti HFMD. Muhammad Afiq tular kerana gigih menanam kangkung sejak dua tahun lalu dan memberi percuma hasil tanamannya kepada orang ramai.
Dr Hanafi yang juga pengasas DOCMOVE, menasihatkan ibu bapa atau penjaga peka dengan keadaan semasa anak-anak dan perlu membawa mereka mendapatkan rawatan secepat mungkin jika mempunyai gejala simptom HFMD.
DOCMOVE adalah perkhidmatan doktor bergerak dari rumah ke rumah bagi memberi peluang penduduk luar bandar mendapatkan rawatan, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat tanpa perlu ke klinik atau hospital.
"Pesakit HFMD perlu kuarantin di rumah selama tujuh hari, dan jangan sesekali dibawa ke tempat tumpuan ramai bagi mengelak atau mencegah penularan. Ibu bapa atau penjaga juga perlu main peranan bagi mengelak anak-anak dijangkiti.
"Apabila pulang ke rumah, bersihkan diri dan tukar baju terlebih dulu kerana orang dewasa berisiko menjadi pembawa virus dan menyebarkan kepada anak-anak," kata Dr Hanafi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/963275/elak-beri-anak-dijangkiti-hfmd-makanan-minuman-panas
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak iols.ada kena
Iolg bg makan aiskrim
Pastu mandi air garam.je..
Helok jap.je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|