CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 1

[Dunia] Singapura sahkan individu dijangkiti cacar monyet

[Copy link]
Post time 7-6-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Singapura sahkan individu dijangkiti cacar monyet


Beberapa negara seperti Kanada sudah memulakan klinik vaksinasi cacar monyet dikendalikan pihak berkuasa kesihatan, termasuk di Montreal, Quebec. - Foto REUTERS


SINGAPURA: Seorang individu yang disahkan dijangkiti cacar monyet melalui kawasan transit di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun lalu dalam perjalanannya ke Australia, lapor Kementerian Kesihatan (MOH).

Individu itu, yang berangkat dari Barcelona pada 1 Jun lalu untuk ke Australia, diuji positif bagi cacar monyet selepas tiba di Sydney keesokannya.

Berita Harian Singapura melaporkan, MOH dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Kementerian Kesihatan New South Wales, Australia, pada Sabtu lalu.

Cacar monyet ialah penyakit berjangkit yang biasanya dijangkiti daripada haiwan dan kes penyakit itu semakin meningkat di seluruh dunia.

Tanda-tanda penyakit itu biasanya termasuk demam panas dan ruam seperti cacar air yang bergelembung, yang memerlukan beberapa minggu untuk hilang.

Setakat ini, tiada kes cacar monyet tempatan dikesan di Singapura pada tahun ini.

MOH berkata individu berkenaan tidak keluar dari kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada hari yang sama dan tidak mengunjungi kawasan lain di lapangan terbang itu.

"Oleh sebab kes itu tidak memasuki Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam masyarakat, tidak ada risiko besar penularan masyarakat buat masa ini.

"Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, kami melakukan penjejakan kontak bagi dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin mempunyai kontak dengan pelancong itu di kawasan transit lapangan terbang," kata MOH.

Tambah MOH, tidak ada individu yang dinilai mempunyai kontak rapat dengan pelancong itu, justeru tidak ada keperluan bagi kuarantin.

Seramai 13 orang yang mungkin mempunyai kontak biasa dengan pelancong itu sudah diletakkan di bawah pengawasan telefon selama 21 hari.

Mereka akan menerima panggilan harian untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka sehingga akhir tempoh pemantauan.

Sekiranya mereka melaporkan tanda-tanda yang menunjukkan jangkitan cacar monyet, mereka akan dinilai dari segi perubatan dan mungkin dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) bagi penilaian lanjut, kata MOH.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad lalu berkata 780 kes cacar monyet yang disahkan makmal telah dilaporkan kepada badan itu dari 27 negara bukan endemik, dan tahap risiko global adalah sederhana.

WHO berkata angka 780 kes itu, yang dilaporkan sejak 13 Mei hingga Khamis lalu, anggarannya mungkin kurang disebabkan keterbatasan maklumat epidemiologi dan makmal.

"Kemungkinan tinggi negara lain akan mengenal pasti kes dan virus itu akan terus merebak," tambah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... ngkiti-cacar-monyet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelab monyet..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.262895 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list