View: 460|Reply: 4
|
Terpaksa Beli Telur Ayam Retak Sebab Naik Harga RM1.50
[Copy link]
|
|
Harga telur ayam di Pasar Pamarayan, Kabupaten Serang, Banten, meningkat dari 25,000 rupiah (RM7.60) kepada 30,000 rupiah (RM9.10) sekilogram.
Lapor Tribunnews, peniaga, Susi Aniati berkata, sebahagian pembeli terpaksa beralih mencari telur ayam yang retak kerana harganya lebih murah.
MedCom
“Ramai mengadu kerana harga telur ayam naik.
“Disebabkan itu, ada yang mencari telur pecah. Tetapi kalau beli telur yang kulitnya rosak, mungkin tidak banyak hanya dalam dua ke tiga biji dan akan digoreng terus,” katanya.
Menurut Susi, kenaikan harga telur ayam disebabkan oleh kos makanan haiwan yang tinggi.
Katanya, dia tidak berani menyimpan bekalan telur ayam yang banyak kerana pembeli semakin berkurangan sejak harga naik.
“Pembeli juga semakin berkurang dan yang biasa beli sekilogram sekarang hanya beli separuh kilo sahaja.
“Saya harap kenaikan harga telur ayam ini tidak terlalu lama dan segera kembali normal kerana memberi kesan kepada pendapatannya,” katanya.
Dua tahun lalu, terdapat dua barangan komoditi yang harganya naik mendadak iaitu telur ayam dan cili.
Berdasarkan tinjauan detik.com di Pasar Jatinegara, Jakarta Timur, harga telur ayam boleh mencecah sehingga 30,000 rupiah bagi setiap sekilogram.
Harga telur ayam di seluruh negara juga dilaporkan naik dengan harga paling mahal ketika itu adalah di wilayah Papua iaitu 42,100 rupiah (RM12) sekilogram.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 ramai PATI Indon kat Msia..asyik keluar berita Indon jer...taulah nak bagi saudara mara uols info..tp den xgemor ler..asyik Indon Indon Indon..ko ingat den Indon..chettt...podahchitt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beli telur pakai kilo ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bela ayam sendiri....opppps bukan kat perak rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara Kat sini bangsa kiasu suka pilih2 telur lalu byk telur yg retak dan byk najis.. ciss kiasu |
|
|
|
|
|
|
| |
|