View: 595|Reply: 5
|
[Tempatan]
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sik kenak penalty, katanya...
[Copy link]
|
|
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
https://www.malaysiakini.com/news/623888
Diterbitkan: Jun 8, 2022 7:30 AM⋅
Dikemaskini: 7:30 AM
Perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa kebangsaan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi.
Beliau berkata pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
“Saya harap jangan ini jadi polemik. Sarawak, mempunyai pendirian sendiri...sila terus gunakan bahasa Inggeris. ‘Sik kenak penalty’ (tidak akan dihukum kerana menggunakan bahasa Inggeris) Penjawat awam Sarawak, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris.
"Penjawat awam Persekutuan, saya tidak tahu kerana tuan kamu berbeza,” katanya.
Berucap pada majlis jamuan malan meraikan ulang tahun ke-50 Yayasan Sarawak di Kuching, beliau berkata walaupun sesetengah pihak merujuk kepada kisah kejayaan Jepun disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Jepun tetapi pelajar dari negara itu masih perlu belajar bahasa Inggeris apabila menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat.
"Sama ada anda suka atau tidak, untuk memperoleh teknologi dan pengetahuan terkini anda mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memahami apa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.
Pada 24 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu...pak mail acah2 nak bahasa melayu senusantara..
Berangan tak salah..asalkan tau bertempat. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kerajaan pusat
dipersetankan aje dengan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Harga nak masuk pusat kebudayaan, taman buaya pun ada 3. Warga asing, semenanjung dan sarawak yang lagi sedap tu datang kerja ke semenanjung tapi pergi tampal sticker sarawak for sarawakians. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul sis, dodol pon rengsa dgan undang2 sebegitu. Byk jah tempat perlancongan dekat srwak yg ada tiga tanda harga sebegitu. Lepastu kehulu kehilir bangga dengan negeri perpaduan xkesah bangsa apa bagai padahal dgan org malaya terus jdi rasis. Dodol senyum sinis dgan ummah borneo walaupon dodol pon ummah borneo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dok kempen suruh seluruh nusantara guna bahasa melayu tapi dalam tanah air sendiri tak mampu lakukannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|