CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 12

[Tempatan] Gangguan bekalan air sejak 3 bulan, 500 penduduk di Kampung Wang Perah, Jitra terpaksa guna air bukit & sungai.

[Copy link]
Post time 8-6-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 8-6-2022 01:51 AM

500 penduduk masih guna air bukit, sungai

https://www.utusan.com.my/nasion ... a-air-bukit-sungai/

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
8 Jun 2022, 8:10 am


SITI Solehah Hiddayah Rani membasuh rebung manakala anak saudaranya, Siti Zulaikha Mohd. Ridzuan, 12, mencuci pakaian di sungai dekat Kampung Wang Perah, Jitra, Kubang Pasu, Kedah. – FOTO/MOHD. RAFIE AZIMI

KUBANG PASU: Lebih 500 penduduk di Kampung Wang Perah, Jitra di sini terpaksa bergantung kepada air bukit dan sungai berikutan masalah gangguan bekalan air bersih yang melanda kawasan itu sejak tiga bulan lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, beberapa penduduk mencuci baju dan pinggan mangkuk serta mandi, selain mengangkut air sungai tersebut untuk kegunaan ha­rian.

Seorang penduduk, Mohd. Naser Mohd. Nor, 59, berkata, mereka menghadapi banyak kesulitan dalam melakukan urusan harian di rumah kerana ketiadaan bekalan air.

Menurutnya, keadaan itu juga cukup menyusah dan membebankan golongan warga emas yang tinggal di kampung ini.

“Apabila bekalan air dari Syarikat Air Darul Aman (SADA) tiada, kami terpaksa bergantung kepada air bukit dari Bukit Pe­rangin di sini untuk menampung keperluan harian.

“Bagaimanapun jika hujan lebat, paip yang menyalurkan air dari bukit tersebut selalu tersumbat dan kalau kemarau pula bekalan air berkurangan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penduduk, Siti Solehah Hiddayah Rani, 23, pula berkata, dia dan penduduk kampung sudah biasa membasuh pakaian, selain membersihkan barangan memasak di sungai kerana ke­tiadaan bekalan air.

“Pemandangan orang kampung mencuci pakaian di sungai sudah menjadi perkara biasa. Ada beberapa lokasi menjadi pilihan dengan setiap satu biasanya akan dikunjungi oleh lebih lima keluarga pada satu-satu masa.

“Pada hari sekolah, ada da­lam kalangan orang kampung mengangkut air sungai ke rumah masing-masing menggunakan bekas untuk kegunaan anak mereka mandi,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Ro­fiah Ahmad, 56, berkata, kala­ngan penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada SADA, namun keluhan itu seolah-olah tidak dipedulikan apabila masih berlarutan.

Menurutnya, dia terpaksa membiasakan diri dengan tidak mandi selepas pulang bekerja kerana ketiadaan bekalan air.

Katanya, bekalan air yang disalurkan dari bukit juga selalu berdepan masalah.

“Jangankan nak mandi. Adakalanya nak memasak pun susah hingga menyebabkan kami terpaksa membeli makanan bungkus dari luar,” katanya.

Nor Hayati Md. Zain, 50, berkata, kalangan penduduk hairan kerana masalah gangguan bekalan air berlaku selepas tangki air dibina di kampung tersebut sejak beberapa bulan lalu.

“Sepatutnya apabila sudah ada tangki, masalah air juga dapat selesai. Tetapi keadaan menjadi sebaliknya apabila masalah air di sini menjadi semakin teruk,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas perintah aja, air pun problem
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 09:49 AM | Show all posts
skrg ni dah 2022, ingtkan malaysia dah jd negara maju,rupenye masih lagi spt negara dunia ke 3
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:04 AM | Show all posts
See....???!!!

-Timb.MB Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:12 AM | Show all posts
nnt dia salahkan dapig penang sebab sedut air dr sungai kat kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow..macam filem p ramlee..patut buat gambar itam putih.baru nampak klasik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat asal pas perintah je ada masalsh air...Tuhan murkakah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 10:23 AM | Show all posts
Belibis replied at 8-6-2022 10:17 AM
Wow..macam filem p ramlee..patut buat gambar itam putih.baru nampak klasik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 8-6-2022 10:23 AM

Hahhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by angelofish at 8-6-2022 11:16 AM

kesian kedah dan kelantan.kepimpinan pas menjadi cemburuan dajjal.sebab tu air kat sana asyik tak ada sebab dajjal dah mulakan operasi dia kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 11:40 AM | Show all posts
Sedih tak sepatutnya masih ada yang macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 12:17 PM | Show all posts
Mandi sungai ni best especially kalau kualiti air macam dalam gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 01:24 PM | Show all posts
kat pahang dengan sabah taknak tunjuk ke? tanya je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.591045 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list