View: 2169|Reply: 44
|
Britain Mula Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu Dengan Gaji Penuh
[Copy link]
|
|
LONDON – Lebih 3,300 pekerja daripada 70 syarikat di Britain mengambil bahagian dalam program perintis selama enam bulan untuk mengkaji manfaat bekerja empat hari seminggu, lapor agensi berita United Press International (UPI).
Program tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, 4 Day Week Global bersama kumpulan pemikir, Autonomy dan pasukan penyelidik dari Universiti Cambridge, Universiti Oxford serta Kolej Boston.
Sepanjang kajian itu berlangsung, pasukan penyelidik akan mengukur produktiviti dan kesejahteraan pekerja di samping tahap tekanan serta keletihan mereka.
Profesor sosiologi di Kolej Boston, Juliet Schor berkata, program itu menandakan hari bersejarah untuk pengurangan masa kerja di Britain.
Foto: EPA
“Masa yang sempurna (untuk kajian) selepas sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth. Sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Twitter.
Apabila ditanya sama ada pekerja terbabit perlu bekerja 40 jam seminggu seperti waktu bekerja lima hari, Schor berkata, mereka perlu mempunyai pengurangan waktu kerja yang ketara tanpa pemotongan gaji.
Program perintis itu menggunakan model pekerjaan 100:80:100 di mana pekerja menerima gaji 100 peratus untuk 80 peratus masa bekerja, namun masih mengekalkan 100 peratus produktiviti, lapor akhbar The Guardian.
“Apabila kita bangkit daripada pandemik (Covid-19), semakin banyak syarikat menyedari bahawa aspek baharu untuk persaingan adalah kualiti hidup pekerja dengan tawaran jam bekerja lebih rendah di samping tumpuan kepada produktiviti menjadi mekanisme untuk memberikan kelebihan dan menjadikan sesebuah syarikat lebih kompetitif.
“Kesan daripada trend peletakan jawatan besar-besaran yang berlaku membuktikan bahawa pekerja daripada pelbagai bidang industri boleh memberikan hasil lebih baik dengan bekerja lebih singkat dan lebih bijak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif 4 Day Week Global, Joe O’Connor kepada akhbar Independent.
Sebuah lagi badan pemikir Britain, Institut Hak Pekerjaan menyatakan, pihaknya akan menerbitkan penemuan mengenai kajian pengurangan masa kerja tanpa memotong gaji.
Percubaan kerja empat hari seminggu itu juga akan bermula pada akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia lambat lagi ler nak ke tahap tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...
Manakala Tanah Air terchenta tersegan segan mahu turunkan working hours.
kalau boleh nak suruh rakyat kerja 7 hari seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
Cepatla malaysia buat... meh nak jadi tikus eksperimen kerja 4 hari seminggu gaji penuh |
|
|
|
|
|
|
|
One of my friend, his sister kerja 4 hari seminggu. Sebab company tak mampu nak bayar salary yg sheolss demand, so kira2 boleh bayar gaji 4 hari seminggu bekerja je huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia:
Lu takmok kerja 12 jam 1hari,cuti 2× jer 1 bln,bangla,indon,nepal,myanmar mau lor... |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun nak jadi bahan eksperimen... |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun nak jadi bahan eksperimen... |
|
|
|
|
|
|
|
bos ofer i gaji separuh pon takpe.
janji dpt turun 4 hari seminggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
policy kerja asian kena kerja mcm lembu, work hard not work smart. suruh kerja lebih masa tapi gaji berkira. |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 8-6-2022 12:47 PM
Tahniah...
Manakala Tanah Air terchenta tersegan segan mahu turunkan working hours.
Bidang retail dgn fnb ptot kjer 5 hari da sminggu. Tp yg buat dasar dkt gomen lembap. Cuba sruh acik gomen kjer 4 hari smggu, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan |
|
|
|
|
|
|
|
macit pocit gomen obese tersenyum sininsss
pehtu higway every weekend manjang jam
abangla myanmar bietnam tersenyum sinis jugeee |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai gak acik forum ni sembang je lbih. Bukan acik forum ni sejenis nk mati semasa kjer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai gak acik forum ni sembang je lbih. Bukan acik forum ni sejenis nk mati semasa kjer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok jugak kerja 4 hari seminggu. Eloknya 4 1/2 hari seminggu.
Khamis half day. cuma masa kerja la berubah sikit. Masuk 830 balik 630
Kalau nk kurangkan jam bekerja. Oversea investor x nak masuk malaysia pulak. Ye lah. Gaji murah, masa kerja kurang. Baik depa invest di Indonesia atau vietnam.
Kompeni aku pun buat flexi hour. Diff 1 hour interval, 3 masa. Masuk pkl 8 balik pkl 5, masuk pkl 9 balik pkl 6, masuk 830 balik 530. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik la gak ada cobid dpt la merasa keje 3 hari seminggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmne pulak untuk pekerja yang kejenya hanya lebih kurang sejam sehari sapu2 sikit susun2 sikit n selebihnya digajikan untuk jadi penunggu kedai interact sikit2 dengan customer? kena hire dua pekerja la sekarang kiranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 8-6-2022 04:38 PM
cmne pulak untuk pekerja yang kejenya hanya lebih kurang sejam sehari sapu2 sikit susun2 sikit n sel ...
Itu tk layak. Yg layak kjer kjer ofis je |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 8-6-2022 01:07 PM
Bidang retail dgn fnb ptot kjer 5 hari da sminggu. Tp yg buat dasar dkt gomen lembap. Cuba sruh ac ...
Bidang industri jgn dilupakan
Ada lgi kilang yg paksa operator keje 6 hari seminggu 12jam sehari
Min wages pula rm1200
Cam sial kapitalis kt msia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|