View: 1046|Reply: 10
|
[Politik]
Rosmah tidak mahu gelang, Najib hantar representasi jam tangan
[Copy link]
|
|
Rosmah tidak mahu gelang, Najib hantar representasi jam tangan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menarik balik tuntutannya terhadap seutas gelang berlian emas putih bernilai AS$220,500 yang disimpan dalam di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).
Perkara itu dimaklumkan peguam Rosmah Azamuddin Abd. Aziz pada prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini hari ini.
“Anak guam kami tidak lagi meneruskan tuntutan item itu (gelang emas berlian),” kata peguam tersebut.
Dalam prosiding sama peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL dari Lubnan turut mengesahkan Rosmah tidak lagi mahu menuntut gelang tangan itu.
Kata peguam berkenaan, dengan penarikan balik tuntutan tersebut oleh Rosmah ia telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.
Sementara itu dalam prosiding sama, peguam Syazwani Mohd. Zawawi yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata pihaknya telah menghantar satu representasi berhubung tuntutan Najib terhadap tujuh utas jam tangan yang dituntut sebelum ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin mengesahkan sudah menerima dan sedang mengkaji representasi yang dikemukakan Najib selain akan memaklumkan kepada mahkamah jika mempunyai perkembangan terkini.
“Kami juga memohon tarikh meminda notis usul berkaitan pelucuthakan harta iaitu 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 tangan yang disita di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018.
“Pihak pendakwaan percaya pindaan notis usul tidak memprejudiskan mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan keperluan undang-undang,” katanya.
Justeru Hakim Muhammad Jamil kemudian menetapkan 26 dan 27 September ini untuk pendengaran seterusnya.- KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... sentasi-jam-tangan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 8-6-2022 05:54 PM
kalau kansel, maksudnya gelang tu bukan hakmilik rosmah? pinjam je ker? atau dibeli dgn duit *tut*?
ok ai blah dulu sebelum pemenat hardcore tokjib dan kakmah bambu ai
|
|
|
|
|
|
|
|
"pelucuthakan harta iaitu 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 tangan yang disita di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018"
29 tangan ape??
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 8-6-2022 05:52 PM
kalau kansel, maksudnya gelang tu bukan hakmilik rosmah? pinjam je ker? atau dibeli dgn duit *tut*?
...
Ehhh gedik nya gif uols
|
|
|
|
|
|
|
|
tertinggal perkataan gelang or rantai tangan kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 8-6-2022 06:31 PM
tertinggal perkataan gelang or rantai tangan kot...
Owh
Igtkn tgn2 ghaib
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 8-6-2022 07:52 PM
kalau kansel, maksudnya gelang tu bukan hakmilik rosmah? pinjam je ker? atau dibeli dgn duit *tut*?
...
Hahahaa buti chuols gebusss |
|
|
|
|
|
|
|
Gelang beratus ribu dia buang gitu jer.. byk betul duit dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|