|
Kuala Lumpur: "Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya 'angkuh'... saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad," kata Sameer Danial Nordin, 30.
Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.
Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.
Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.
Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.
"Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.
"Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.
"Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.
"Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat 'gangguan'.
"Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia," katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.
Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.
"Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat 'membahan' kerana kesilapan yang saya lakukan," katanya.
Disiarkan pada: Jun 8, 2022 @ 6:02pm
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/849983/aku-terima-nikah-mas-kahwin-rm500-juta
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman tik tok sedang menggila nkkan viewer ni agak sukar nk percaya yg perkara itu 'tidak dirancang'..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin Gugup Sampai Tersasul Nak Bagi Mas Kahwin RM500 Juta
"Aku terima nikahnya... dengan mas kahwin RM500 juta tunai."
Dek kerana gugup ketika sesi akad nikah, pengantin lelaki tersalah menyebut nilai mas kahwin.
Ia secara tidak langsung mencetus tawa di kalangan saksi dan tetamu yang hadir.
TikTok
Pengantin perempuan turut tidak dapat menahan tawanya apabila melihat pengantin lelaki yang kebingungan dan terpinga-pinga apabila kata-katanya ditertawakan orang ramai.
Kesilapannya itu hanya disedari selepas seorang individu berbisik menyatakan kesilapannya.
"Mas kahwin sebenarnya RM500. Saya sebut 'juta' dan selepas tu masih terngiang-ngiang ingatkan saya dah selesai lafaz.
"Sekali pak andak (bapa saudara) saya cubit daripada belakang beritahu saya tersilap sebut RM500 juta. Ia berlaku kerana terlalu nervous," kata Muhammad Sameer Danial Maula Nordin, 30, ketika dihubungi mStar.
Sameer yang mesra disapa Sam Danial selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Nurul Nadia Johari, 29, dengan tiga kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Pekan Gurun di Gurun, Kedah pada 3 Jun lalu.
"Kesilapan menyebut nilai mas kahwin RM500 juta adalah lafaz yang kedua. Lafaz pertama saya tersalah sebut nama. Saya lafaz 'aku terima nikahnya' dengan nama saya sendiri.
"Tok kadi minta saya bertenang, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan doa lain. Alhamdulillah kali ketiga lafaz, urusan saya dipermudahkan.
"Bagi saya sendiri ia satu kifarah. Sebelum majlis akad nikah lagi, keluarga dan kawan-kawan berpesan supaya saya berlatih hafaz terlebih dahulu elak rasa gugup.
"Tapi saya tak berlatih, saya anggap perkara kecil saja. Saya ambil mudah.
Sam dan isteri bersama anak tirinya
"Apabila waktu lafaz akad nikah yang sebenar, mungkin Allah nak tunjuk di atas keengganan saya mendengar nasihat. Masa tersasul tu, saya baru sedar kalau saya berlatih, insyaAllah saya lebih bersedia dan tak gugup," ujarnya yang mengahwini seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.
Bagaimanapun, dia mengakui sangat lega apabila lafaz ketiga dipermudahkan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ok kelakar bg aku sbb die tpinga2..mmg neves sgt la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm real bukan di rancang semata2 content.nervous teruk pengamtin lelakinya.apa2 pon alhamdulillah dh selamat.dan tahniah juga syabas sbb ambil balu anak seorg sebagai isteri |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ank sulung buh nama nor jutaria ok |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lebih gelabah tengok muka tok kadi ka tok mudim? |
|
|
|
|
|
|
|
Real lah ni...bukan demi content.. Aduuuuuh! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah kawin pun bukan pertama kali laluinya over confident mungkin sebab tu diuji |
|
|
|
|
|
|
|
budaktua replied at 8-6-2022 10:49 PM
zaman tik tok sedang menggila nkkan viewer ni agak sukar nk percaya yg perkara itu 'tidak dirancang' ...
Dlm video tu kejadian nampak genuine. So saya percaya beliau mmg gugup. Muka blur nak mati. It was funny by the way |
|
|
|
|
|
|
|
dia kawin balu anak satu. dia tak penah kawin la kot. i rasa this is genuine
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 9-6-2022 01:20 PM
Dah pernah kawin pun bukan pertama kali laluinya over confident mungkin sebab tu diuji
Yg penah kawin tu bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
ketatnya baju pengantin lelaki, habis tersembul segala benda.
gugup nau |
|
|
|
|
|
|
|
mmg gugup sungguh, org lain dah ketawa pun dia x tahu lagi kat mna silapnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya raya naw.. Mas kahwin 500 juta kekeke
Kalau tok kadi ckp sah kang, kena byr betul2 ke tak, serious nk tau |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 9-6-2022 02:55 PM
Kaya raya naw.. Mas kahwin 500 juta kekeke
Kalau tok kadi ckp sah kang, kena byr betul2 ke tak, ser ...
Tak sah pun akad tu since pengantin lelaki bukan consciously uttered the word 500 million |
|
|
|
|
|
|
|
Agak berumur dua dua pengantin tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sian dia, org dah riuh ketawa pun dia masih blur |
|
|
|
|
|
|
| |
|