Post Last Edit by delimasin at 20-9-2010 22:00
Salam sume dan selamat hari raya.. hmm.... aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Masalah aku pon bukan besar sangat. Aku Cuma nak mintak pendapat korang semua je. Masalah aku pon lebih kurang sama je dengan masalah orang lain dalam CARI ni. Biar aku perkenalkan diri dulu ye, aku seorang wanita, berumur 23 tahun, dan bekerja.
Aku mempunyai seorang Bf aku letak nama die AMAN jela(ni before aku putus dgn dia ). Aku dgn die da bercinta selama 5 tahun. Dia pon bekerja, umur 25. Hubungan aku dengan dia On/Off, kejap ok kejap camni, aku cuba untuk perbaiki hubungan aku dengan dia, tapi sedihnya, aku sorang je yg semangat. Aman ni sorg yg pentingkan kawan, itu aku tak kisah lg. tapi die lebihkan kawan sehingga mengabaikan kerja dia, suka2 die nak kerja nak cutisemata2 nak ikut kawan. Dia pon macam tak kisah keje ke tak, sebab maybe dia pikir dia anak 2nd last, so dia xperlu tanggong adik2 atau mak dia. aku dah tak tahu camne nak nasihatkan dia. Aku tau ramai yg akan suruh tinggalkan aman dan cari je yg lain yg betul2 komited dan serius…. Kitorg da pon sebulan lebih putus, tapi dia still pujuk aku untuk kembali pada dia. Masa aku ada, xreti nak hargai, bila aku da nekad nak blah, baru nak sedar…. :@
Dalam masa yang sama, aku ada kawan lelaki yg menaruh perasaan dekat aku, biar aku list kan ye, macam ramai je sampai nak berlist bagai. Huhu… ok, kita mulakan dengan>>>>>>>>
Ali – single n sebaya aku, rakan sekolah waktu skolah mengah, last terpisah masa form 3, jumpa balik masa umur 20. Menjadi rapatpadahal kat sekolah dulu xpernah bertegur sapa, tapi pernah sama2 kantoi sebab dating kat belakang toilet dengan pasangan masing2. Hahha.. klakar sangat bila piker balik time sekola dulu. Menjadi rapat, slalu keluar bersama sebab dia jenis kepala masok air mcm aku jugak. Pernah beberapa kali meluahkan perasaan dekat aku, tapi aku cakap aku anggap dia BFF. Wlaupun die berterus terang aku xpernah menjauhkan diri dari dia, sebab aku sayangkan persahabatan yg terjalin. Dan, sampai sekarang, dia masih ada hati dgn aku. dia sgt mengmbil berat tentang aku, jaga aku macam awek dia, dah tentu aku suka bila ada yg menghulurkan tangan memberi kasih sayang dan perhatian pada aku sehingga aku lupa pada masalah aku dan bf aku.
Abu – menjadi kawan sebab dia selalu dtg ofis aku. umo 26. Aku dgn dia pon rapat mcm aku rapat dgn ali. Tapi boleh katakan hari2 lepak dgn dia malam2, sebab ktorg duduk dkt aje. Pernah mluahkn perasaan suka dkt aku, dia penah ckp klo dia single da lama dia ngorat aku. slalu bg semangat dan motivasi dkt aku camne nak baiki hubungan aku dgn bf. Dia nak komitmen da ajak awek dia kawen, tapi awek tak sedia lagi. Dia ingat nak mintak ptus je tapi pkirkan da 6 taon bcinta, dia masih btahan dan bg peluang dekat awek dia. Semua perkataan sayang dan rindu yg dia ucapkan dekat aku, aku buat ‘masok telinga kanan kluar tinge kiri’ bg aku dia ckp mcmtu sebab dia sunyi. So aku xamik port sgt.
Leman – msih blajar di luar negara, kitorang slalu YM saje. Banyak memberi kata2 semangat, dan selalu ckp nak msok minag aku kalau dia da balik malasia n dah ade kerja nanti. Tak tahu la dia serius ke tak, tapi dari cara dia cakap, siap call rumah aku cakap ngn bapak aku nak masok minang aku nanti, harus lah aku takut mendengarnya. Tapi aku tak amik port sebab dia jauh. Huhuhu…
Abon – bekas rakan sekerja aku, umur 33. Single, pon ada menaruh perasaan dekat aku, sbelum mluahkan perasaan aku dgn dia rapat sgt, sebab aku hormat dia sebgai abang. pernah bagi hint ajak aku kawen, tapi aku reject die dan menjauhkan diri dari dia sebab mase tu aku belia remaja lagiakal pon singkat. Hahaha.. masih get in touch, sebab kerja satu company tapi dia site laen. Panas jugak kisah aku dengn dia dekat HQ dulu, sampai sekarang stelah 3 tahun pon de lagi gossip aku dgn dia, budak site laen pon tau cerita ktorang. Ntah mulut sape la gatal bcrita. Kawan aku ckp abon masih sukekan aku, masih bersedih sebab aku reject dia dulu. Dari die muda tak pernah ada awek, dan suka mana2 perempuan. Walaupon ramai yang cuba kenalkan dia dgn mana2prempuan tapi dia xpernah bminat. Ntah cane leh tersangkut dekat aku tak tahulah…
Johan – rakan sekolej aku, single, pon mnaruh perasaan dekat aku, byk kali gak mluahkan prsaan, sehigga sekarang, seperti ali juga, ambil berat pasal aku, dan mcm2 lagi la. tapi sebab dia luar daerah sekarang ni,selamat la aku. kalau tidak hari2 datang cari aku kat uma.
Aku pulak, hmmm…. Perlukan seseorang tempat untuk aku berkongsi kegembiraan, kesedihan, masalah, nak dicintai, nak disayangi. Ada bf,tapi macam takde bf, sedih sangat kalau fikirkan pengakhiran hubungan cintaaku. siapa harus aku pilih, ali, abu, leman, abon atau johan . Mereka sangat baek, aku xnak abu coz dia da ade awek. Ali pulak, aku sayang dia, dia la tempat aku mengadu segala2nya, tapi hati aku belum bersedia terima dia. Lepas dia dpt tahu aku dgn aman dah putus, xlama lpas tu dia luahkan prasaan lg dkt aku,dia ckp xpe klo xleh trima dia, dia akan tunggu sampai hati aku terbuka untuk dia. Terharunya aku…..
Leman pula, dia jaoh, so aku anggap dia maen2 aje. Tapi kalau dia serius, mampos aku…. huhu~ dan yang teerbaru, bapak aku pulak sibuk nak aku kawin cepat2, siap suruh makcik aku carikan jodoh untuk aku. adoiiiiiii giler r bapak den ni. Menggigil kepale lutut aku dengar bapak aku cakap camtu. Harus makcik aku cari betul2, haru gak nanti. Adehhhhh~
Aku sebenarnya malas nak pikir pasal kawen, malas nak de relationship sebab aku malas nak mulakan semula. Takot nak bercinta lagi. Tapi sampai bilakan nak mcmni….. aku ni da la anak sulung, aku tau nape bapak aku nak aku kawen cepat2, dia risau keselamatan aku, dia nak seseorang yang boleh jaga aku awasi aku. aku pernah ckp kat dorang kat atas ni, kalau betul2 suka aku, g r masok minang aku terus, kalau nak ckap suka sume orang pon leh ckap cmtu...huhuhu gatal gak aku ni..
semua yg berlaku, terjadi pada mase yg same.. Adekah aku telah jatuh cinta dengan salah seorang daripada mereka??? Takkan nak aku jauh dari dorang, dorang xde buat slah dekat aku, dorang ckp best kwn dgn aku,wlaupon aku xde respon dgn perasaan dorg tapi aku still layan dorang same sebelum dan selepas. Aku sayang kawan2 aku… Sebenarnya apa masalah aku ye? Aku pon tak tahu, aku bukak benang ni sebab aku nak meluahkan beban dalam kepala otakaku ni je……..….. atau aku sebenarnya DESPERATE, MEMILIH, SUNYI??????????
|