CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 2

[Tempatan] Dunia perlu hentikan kekerasan, perang - Tun M

[Copy link]
Post time 9-6-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Dunia perlu hentikan kekerasan, perang - Tun M



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap masyarakat dunia berhenti menggunakan kekerasan, sebaliknya memanfaatkan rundingan, fungsi mahkamah antarabangsa atau arbitrator bagi menyelesaikan sebarang perbalahan.

Bekas Perdana Menteri berkata, sudah tiba masa masyarakat memikirkan semula sistem nilai yang diikuti dan dianggap sebagai nilai sejagat, selain mengubah gaya pemikiran mengenai dunia.

Katanya, masyarakat dunia cenderung mempunyai konflik serta pertengkaran, namun ia bukanlah tiket untuk saling berbunuhan antara satu sama lain, selain menegaskan beliau sentiasa menentang peperangan yang antara lain disifatkan sebagai tidak bertamadun.

Beliau berkata, membunuh orang bagi menyelesaikan konflik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan individu bertamadun, sebaliknya masyarakat dunia dilihat 'ketagih' dengan tindakan sedemikian.


"Kita ketika ini seolah-olah kembali kepada cara lama dengan saling berbunuhan seperti berlaku pada perang Russia-Ukraine. Pada asasnya, bukan sahaja Ukraine tetapi turut membabitkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kita sekali lagi terpaksa membunuh orang untuk menyelesaikan konflik.

"Apabila berdepan masalah pada bila-bila masa, kita berperang dan membunuh orang. Akhirnya, anda tidak menyelesaikan atau mendapat apa-apa, sama ada anda menang atau kalah. Inilah keputusan kita peroleh selepas Perang Dunia Kedua (WWII).

"Ketika WWIII, pakatan Barat mengalahkan Jerman tetapi selepas perang, Jerman dan Jepun membangun dengan sangat baik. Pemenang tidak sebagus mana, sebaliknya memutuskan untuk melawan satu sama lain," katanya ketika berucap di majlis perhimpunan Kesatuan Oxford, United Kingdom, kelmarin.

Dr Mahathir berpandangan, masyarakat antarabangsa gemar bermusuhan dan saling berbunuhan walaupun ia tidak bertamadun mahu pun menyumbang kepada kestabilan.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan bilakah tabiat sedemikian dapat diatasi, selain berharap golongan muda akan menolak peperangan sebagai kaedah menyelesaikan masalah atau konflik antara negara, biarpun keadaan berkenaan tidak akan berlaku ketika negarawan itu masih bernyawa.

Mengambil contoh pisau, katanya, ia adalah alat berguna untuk menghasilkan pelbagai benda namun boleh digunakan untuk membunuh orang lain dengan penggunaannya bergantung kepada pemilik instrumen terbabit.

"Setiap insan yang semakin menua, saya harap anda tidak mencontohi golongan terdahulu. Maksud saya, golongan muda perlu berfikir mengenai keamanan dan menangani masalah sebenar dunia.

"Namun, kita ketika ini dilihat tidak tertumpu kepada perkara sedemikian. Kita memperoleh ilmu di sekolah dan universiti tetapi tidak diajar cara menggunakannya selain sentiasa boleh menyalahgunakan ilmu yang diperolehi," katanya.

Mengetengahkan krisis dihadapi Malaysia bersama Indonesia dan Singapura, Dr Mahathir berkata, pertelingkahan terbabit diselesaikan melalui saluran perundangan antarabangsa.

"Mahkamah memutuskan satu batu milik Singapura dan bukan milik kita. Tidak mengapa, ia hanya batu, tetapi dua pulau milik Malaysia bukannya Indonesia. Namun, tiada peperangan, kerosakan mahu pun pembunuhan dan patuh kepada perundangan untuk menyelesaikannya.

"Saya berharap pengajaran daripada pengalaman Malaysia ini boleh diambil. Walaupun negara berbilang kaum, Malaysia secara relatifnya stabil dan aman, mampu membangun dan apabila kita menghadapi masalah dengan negara jiran.

"Kita selesaikan masalah melalui rundingan, timbang tara atau pergi ke mahkamah supaya tidak melakukan kerosakan antara satu sama lain, kita tidak saling berbunuhan, namun isu tuntutan pertindihan wilayah dapat diselesaikan," katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, tumpuan perlu diberikan bagi mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat masih tidak berpenghujung, selain keadaan itu berisiko mengakibatkan masyarakat dunia dilanda pelbagai bencana alam.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... erasan-perang-tun-m

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2022 11:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 11:57 PM | Show all posts
Suara dah tak dilayan.....rehat sajalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.085096 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list