CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3745|Reply: 76

[Tempatan] Harga rumah dijangka naik 20 peratus

[Copy link]
Post time 13-6-2022 02:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-6-2022 10:59 AM


Harga rumah dijangka naik 20 peratus



HARGA rumah dijangka naik sehingga 20 peratus susulan kenaikan harga bahan binaan termasuk logam, simen dan pasir. - GAMBAR HIASAN


  • Oleh NURFARAHIN HUSSIN dan SHAFIQAH SHUKOR
  • 11 Jun 2022, 11:14 am



PETALING JAYA: Harga bahan binaan yang semakin tinggi dijangka memberi kesan langsung kepada kenaikan harga rumah sehingga 20 peratus, seterusnya menyebabkan harga purata rumah kediaman kekal tinggi dan di luar kemampuan rakyat.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kenaikan harga global terhadap bahan binaan terutamanya simen dan besi tidak mengecualikan Malaysia dan mendorong kepada kenaikan harga rumah dalam masa terdekat ini.

“Dijangkakan peningkatan harga bahan pembinaan akan memberi kesan kepada harga rumah antara lima ke 20 peratus secara purata.

“Ini kerana, kontraktor dan pemaju juga terpaksa menyerap kenaikan kos ini yang memberikan kesan negatif kepada keuntungan operasi mereka. Perkara ini sememangnya tidak dapat dielakkan sehingga memberi kesan kepada pengguna akhir iaitu rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, media melaporkan harga semua bahan binaan mencatatkan peningkatan berbanding setahun lalu dan akan kekal tinggi dalam jangka sederhana, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam Laporan Indeks Kos Binaan (IKS), Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bar keluli meningkat 20 peratus dengan harga purata bar keluli sebanyak RM3,910 setiap tan metrik berbanding RM3,258 per tan metrik pada Mei 2021.

Ujarnya, simen mencatatkan peningkatan sebanyak 12.2 peratus pada Mei 2022 dengan RM20.89/50 kilogram (kg) berbanding RM18.61/50 kg pada Mei 2021.

Aimi Zulhazmi berkata, sektor perumahan dan pembinaan merupakan antara pemangkin ekonomi negara kerana ia melibatkan banyak sektor industri-industri lain serta mempengaruhi jumlah guna tenaga buruh dan kadar pengangguran negara.

Namun ujarnya, permintaan untuk rumah juga dijangka perlahan kerana kenaikan kadar faedah pinjaman baru-baru ini, malah penarikan insentif Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) turut memberikan kesan negatif kepada industri perumahan dan pembinaan negara.

“Justeru, kenaikan harga bahan pembinaan dan pengurangan permintaan dijangka menjejaskan sektor pembinaan ini tahun ini dan dua tahun kehadapan. Kesukaran mendapat pekerja asing juga menjadi masalah kepada kontraktor-kontraktor untuk melengkapkan projek.

“Ini akan mengurangkan jumlah pembinaan rumah baharu dan rumah yg tidak terjual. Oleh itu, kenaikan harga bahan pembinaan serta pengurangan permintaan dijangka akan memperlahankan sektor perumahan dan pembinaan serta mengurangkan produktivi dan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, harga rumah yang tinggi juga disebabkan oleh pelbagai faktor lain seperti premium tanah yang tinggi, permintaan dari pembeli luar negara dan juga pembeli spekulator.

“Kos pembiayaan pinjaman bank yang tinggi juga menyebabkan kos keseluruhan untuk memiliki rumah menjadi amat tinggi.

“Tambahan pula, kenaikan harga barangan binaan sebenarnya telah bermula pada akhir 2019 lagi apabila berlaku perang tarif anrara Amerika Syarikat dan China. Harga besi dan simen meningkat berterusan apabila pada akhir 2021 apabila ekonomi dunia mulai pulih kerana permintaan yang mendadak.

“Gangguan bekalan seperti penutupan kilang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kekurangan rantaian pengangkutan yang meningkatkan kos lojistik telah melipat gandakan kenaikan harga bahan asas pembinaan,” katanya. – UTUSAN





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 10:38 AM | Show all posts
Alhamdulillah.

Semoga menjadi kenyataan. Jangan harga ayam ja naik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:41 AM | Show all posts
naik byk2 nie sape yg nk beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:56 AM | Show all posts
rasanya macam lebih 20%..last week baru buat tanya tukang nak buat rumah kebun basic  spec 20x30 kaki dah $60k.lagi murah beli umah subsale.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya golongan muda
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:03 AM | Show all posts
angkara negara2 barat menyekat kuasa besar Rusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2022 12:54 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 13-6-2022 10:41 AM
naik byk2 nie sape yg nk beli

nanti kementrian tertentu beli arr unit2 rumah marhaen harga kayangan tu.
bukan susah pon.

macam keta.
dulu polis jd pak sanggup beli mitsubishi evo.
skang terpaksa borong civic plak.
next car kompom geeli, chery atau greatwall
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 12:57 PM | Show all posts
Dah dijangka mana pernah nak turunnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga skrg pun rakyat tak mampu nk beli..
Itu yg banyak renovate rumah bg besar
Cth terkini flat kos rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik aku dah beli umah 20++ tahun lepas.. rumah skrg memang mencanak naik. Kesian
bbnu. Sewa je lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:51 PM | Show all posts
alhamdulillah...mesia masih aman

takbir takbir takbirrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:49 PM | Show all posts
bangcak replied at 13-6-2022 12:54 PM
nanti kementrian tertentu beli arr unit2 rumah marhaen harga kayangan tu.
bukan susah pon.

pastu buat homestay ke ape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada mereka yang telah memiliki rumah dan tiada plan untuk menambah pemilikan memang bersyukur lah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:54 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 13-6-2022 03:49 PM
pastu buat homestay ke ape

taw takpe.
lepas borong studio2 apartmen yg 450sqft 600sqft tu,
sewakan plak pada jabatan2 gomen buat kursus situ.
pau lagi 30-40 ribu.
ez money.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 13-6-2022 01:26 PM
Nasib baik aku dah beli umah 20++ tahun lepas.. rumah skrg memang mencanak naik. Kesian
bbnu. Sewa  ...

20 tahun acik beli berapa harga?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kontraktor acheh tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 08:42 PM | Show all posts
baru niat nk beli rumah lain
nk jual flat ni
masalah parking dan tak ada lift aje
ini je mampu beli 15 tahun lalu
di zaman gaji rm1500

usha2 rumah
kira2 monthy agak ketat jua

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada yg belum ade property, bertabahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:51 PM | Show all posts
terima pendatang haram dan bagi mereka kerja

KESAN : rakyat sendiri tanggung KOS HIDUP tinggi mencanak

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah yg baru nak buat kalo rega tinggi, boleh la kita terima sbb alasan rumah naik rega kos binaan tinggi katanye
Ni rumah yg dah siap keliling taman ko lilit bendera tiga segi tu taun lepas acik tgk rega lain, taun ni naik lebih dari 20% rega taun lepas
Semakkkkk penat weols penduduk sini berkorban bersabar biar korang buat perumahan baru, ujong2 rumah tu semua esok jadi rumah antu
Tapi bagus jugak sbb jalanraya dah lebar elok, kalo housing baru tak berapa laku jawabnye kurang la jem depan rumah weols yedop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064368 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list