CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket edar dadah tumpas, 840kg ganja dirampas

[Copy link]
Post time 13-6-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket edar dadah tumpas, 840kg ganja dirampas
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 13 Jun 2022




Ayob Khan (dua dari kiri) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas dalam serbuan, Jumaat lalu.


GEORGETOWN - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan lapan lelaki termasuk dua warganegara Thailand bersama 840 kilogram (kg) ganja, Jumaat lalu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan antara jam 10.50 malam hingga 1 pagi dibuat di Sungai Bakap dan Simpang Ampat sebelum menemukan dadah bernilai RM2.12 juta itu.


Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, tujuh suspek dilihat sedang memunggah dadah berkenaan dari sebuah lori satu tan untuk diedarkan bagi pasaran tempatan.


"Hasil risikan mendapati sindiket yang bergiat aktif sejak penghujung 2021 menyeludup masuk ganja terbabit dari Satun, Thailand melalui jalan laut.


"Ketika serbuan dibuat, mereka sedang memunggah ketulan ganja berkenaan di satu kawasan perumahan di Sungai Bakap sebelum tujuh lelaki terbabit ditangkap manakala seorang lagi ahli sindiket ditahan di Simpang Ampat tidak lama kemudian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini pada Isnin.


Ayob Khan berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati empat daripadanya positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol manakala seorang lagi jenis morfin.


Katanya, kesemua suspek berusia antara 35 hingga 59 tahun itu kini direman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Selain 848 ketulan ganja yang dirampas, polis turut menyita tiga kenderaan milik ahli sindiket berkenaan bernilai RM80,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988.


"Sekiranya dadah-dadah ini terlepas, ia boleh digunakan oleh 1.6 juta penagih dadah," katanya.


Justeru, beliau menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah di talian Hotline JSJN 012-2087222.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 40kg-ganja-dirampas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.045357 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list