Penampilan anggun Kate Middleton sememangnya mencuri tumpuan setiap kali Duchess of Cambridge ini muncul di khalayak.
Seperti biasa, kemunculannya sewaktu menghadiri sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II bersama Putera William serta dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte baru-baru ini, menjadi perhatian ramai.
Kredit foto: The Sun/Getty
Namun, apa yang lebih menarik perhatian rata-rata peminat kerabat diraja Britain itu adalah pembalut luka (plaster) yang dilekatkan di ibu jari Kate, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan andaian.
Rata-ratanya tertanya-tanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Kate sehingga menyebabkan kecederaan dan menutupinya dengan 'plaster'.
Kredit foto: The Sun/Getty
Namun, di tengah-tengah spekulasi yang bertebaran, Kate umumnya diketahui seorang yang gemar memasak dan berkebun.
Kate juga merupakan ibu kepada tiga anak kecil, sekali gus dilihat sebagai alasan 'logik' sekiranya dia terdedah kepada kecederaan kecil.
Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya ramai, Kate sudah beberapa kali dilihat mengenakan 'plaster' pada jarinya, lapor Daily Star.
Pada 2019, Kate turut memakai 'plaster' di jari ketika menghadiri Pertunjukan Bunga RHS Chelsea begitu juga pada tahun sebelumnya.
Pada 2016, Kate dikesan mengenakan 'plaster' pada ibu jari kirinya sambil membimbing Puteri Charlotte di gereja di Berkshire.
Kredit foto: The Sun/Getty
Apabila diajukan soalan mengenai plaster di jari Kate, Istana Buckingham menegaskan: "Kami tidak mempunyai komen mengenai plaster itu".
Sumber: mStar |