View: 1251|Reply: 10
|
Ada Laman Web Boleh Akses Data Peribadi Kita Hanya Dengan Masukkan Nama, Tahun Lahir Je!
[Copy link]
|
|
Pengguna akaun Twitter dikenali sebagai ‘@Radz1112’ mendakwa terdapat alat Open Source Intelligence (OSINT) yang boleh mengakses data peribadi rakyat Malaysia hanya melalui nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir mereka.
Menerusi ciapan di Twitter pada Ahad, katanya, alat yang kini boleh didapati dalam ‘clearnet’ atau rangkaian internet terbuka itu boleh mengesahkan data peribadi individu termasuk maklumat sama ada dia bekerja dengan polis atau tentera.
Twitter
Pengguna itu mengakui telah mencuba sendiri laman web tersebut dan carian itu hanya memerlukannya untuk memasukkan nama dan tahun lahir individu tertentu.
"Terdapat alat OSINT sudah keluar dalam 'clearnet' yang menggunakan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bocor.
“Apa yang anda perlukan hanyalah nama seseorang dan mungkin tahun lahir, kemudian anda boleh mengesahkan bahawa mereka bekerja untuk polis dan/atau tentera Malaysia. Pertahanan negara kita baru sahaja diganggu,” katanya.
Pengguna itu juga mendakwa bahawa maklumat yang dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera juga boleh diperoleh menggunakan alat berkenaan, tetapi perlu bayar untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Justeru, sebagai langkah keselamatan, dia mencadangkan agar orang ramai tidak mendedahkan identiti diri seperti nama sebenar, tarikh lahir, negeri kelahiran dan nombor plat lesen dalam media sosial.
“Rakyat tidak boleh berhenti daripada terus memperjuangkan usaha ke arah keselamatan siber negara yang lebih baik,” katanya.
Perkara itu turut mendapat perhatian Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan yang menggesa agar pihak berkuasa memandang serius akan pendedahan tersebut.
“Saya menyemak laman web berkenaan, walaupun data terperinci memerlukan pendaftaran dan pembayaran (yang saya tidak mahu lakukan), data peribadi nampaknya ada di sana.
“Sebagai contoh, anda hanya perlu mencari nama seseorang dan nombor IC (disunting) ada di sana. Ia sangat membimbangkan.
“Pihak berkuasa wajib memandang serius perkara ini. Jelas sekali terdapat kebocoran data sebelum ini kerana maklumat ini sudah pun dibuka,” katanya di Twitter.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
org gomen nie ader report baru gerak...kena paham tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu JPN tak mengaku itu data dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 ada press conference dengan skrip cliche
"Sebuah.. jawatankuasa khas.. akan ditubuhkan.. untuk membuat siasatan terperinci.. dalam memastikan.. keselamatan negara.. dapat dijaga.."
yang dot dot dot tu biasanya pause sesaat dua untuk menimbulkan suspens dan menarik perhatian audiens
|
|
|
|
|
|
|
|
lemmaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat iklan iphone yang data kena lelong tu |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah..betul..terbayang najib ckp gitu sbb dia yang suka cakap ada paus2 gitu.. 'tuan2...kita...tidak akan....'
gitu lebih kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam: hahahah..betul..terbayang najib ckp gitu sbb dia yang suka cakap ada paus2 gitu.. 'tuan2...kita...tidak akan....'gitu lebih kurang
paus tu bukan ikan keeeee.lols
|
|
|
|
|
|
|
|
SISPA lah ke JPN buat aduan yang data peribadi rakyat Malaysia boleh diakses.. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78: Lepas tu JPN tak mengaku itu d ...
Mungkin JPN igt data tu bocor dari jabatan perhutanan. Tak pon data tu bocor dari LKIM. JPN mane pernah salah |
|
|
|
|
|
|
| |
|