CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 1

[Tempatan] Kerajaan kesan dua projek ‘sakit’ di Kelantan

[Copy link]
Post time 15-6-2022 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-6-2022 09:28 AM


Kerajaan kesan dua projek ‘sakit’ di Kelantan



MUSTAPA (duduk tengah) ketika mengadakan perbincangan selepas selepas Sesi Taklimat dan Mesyuarat Pengurusan Projek Pembangunan di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. -UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH


  • Oleh ROSALWANI CHE SOH
  • 14 Jun 2022, 7:53 pm


KOTA BHARU: Kerajaan mengesan dua projek ‘sakit’ di negeri ini yang mengalami kelewatan merangkumi pembinaan projek Lebuh Raya Ketereh ke Kok Lanas (6.2 kilometer) dan Projek Pembinaan Terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek lebuh raya Ketereh ke Kok Lanas mengalami kelewatan 308 hari manakala projek pembesaran LTSIP mengalami kelewatan 100 hari dari jangka masa yang ditetapkan.

Beliau berkata, antara punca kelewatan adalah masalah kekurangan tenaga kerja, peningkatan harga bahan binaan serta prestasi kontraktor yang tidak mampu untuk meneruskan projek yang dilaksanakan sebelum ini.

“Projek itu sepatutnya siap pada Mei lalu, maka, kini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah itu dan menyiapkan projek itu dengan segera.

“Selain itu, terdapat beberapa projek yang mengalami kelewatan iaitu pembinaan bagi pakej 2C dari Bukit Sejuk ke Gua Musang sepanjang 19.6 kilometer (km) dan pakej 3B dan 3C Kilometer180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang sepanjang 7 km,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Taklimat dan Mesyuarat Pengurusan Projek Pembangunan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kenaikan harga barang binaan termasuk besi untuk pembinaan dan bitumen untuk pembuatan turut dihadapi di peringkat global dan bukannya di negara ini sahaja dan pihaknya telah mengenal pasti perkara itu,” katanya.

Mustapa berkata, bagaimanapun masih terdapat projek lain yang mengikut jadual iaitu bagi pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang membabitkan tiga pakej dan sembilan seksyen.
Empat seksyen dalam peringkat pembinaan, manakala lima seksyen lagi dalam peringkat perolehan dan akan bermula pada tahun ini.

Tambahnya lagi, sebahagian daripada pakej sedang dilaksanakan iaitu pakej 2B dari Paloh 2 ke Bukit Sejuk sepanjang 20 kilometer pakej 3D dari Bulatan Gua Musang ke Mentara sejauh 7 kilometer.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 27.8 atau RM 665 juta daripada jumlah peruntukan pembangunan di negeri ini telah dibelanjakan.

Beliau menambah, walaupun perbelanjaan ini lebih rendah berbanding dengan purata nasional iaitu sebanyak 33.5 peratus, namun, pencapaian itu adalah lebih tinggi berbanding 14 peratus atau RM 334 juta yang dicatat pada bulan April lalu iaitu peningkatan hampir sekali ganda dari segi pencapaian perbelanjaan. –UTUSAN ONLINE


https://www.utusan.com.my/berita/2022/06/kerajaan-kesan-dua-projek-sakit-di-kelantan/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebuhraya Ketereh-Kok Lanas tu 6 km je, pun lewat 300++ hari? Teruk betul, mana datang kontraktor ni, RM2 je ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list