CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 8

[Tempatan] Tangani kos sara hidup tinggi. Cadangan penjawat awam dpt Kenaikan Gaji Tahunan KGT ataupun naikkan imbuhan tetap

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Pertimbang kenaikan gaji tahunan penjawat awam
NUR IFTITAH ROZLAN | | 15 Jun 2022

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mempertimbangkan kembali pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk penjawat awam berikutan kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengumumkan kenaikan satu KGT bagi penjawat awam yang sepatutnya berkuat kuasa setiap tahun bermula 1 Julai 2018.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan pemberian tersebut setelah mereka mengambil alih kerajaan.

"Dengan kenaikan kos sara hidup, harga barang yang mendadak dan penyelarasan gaji minimum, Pemuda UMNO akan mencadangkan agar kerajaan meneruskan kembali hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu untuk penjawat awam dalam Bajet 2023 akan datang.

“Satu lagi alternatif lain adalah dengan menaikkan imbuhan tetap atau elaun layak untuk penjawat awam termasuk Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) bagi kelayakan diploma ke bawah serta kelayakan ijazah ke atas,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pemuda UMNO akan berusaha untuk mengadakan pertemuan dan berbincang dengan pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum membawa cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dipertimbangkan.

“Insya-ALLAH jika BN kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), politik stabil, ekonomi kembali pulih dengan pertumbuhan kembali memuncak dan keyakinan pelabur domestik serta asing untuk melabur secara pesat sebagaimana dahulu.

“Insya-ALLAH kenaikan gaji akan seiring dengan keupayaan negara dan keseimbangan kenaikan harga barangan,” jelasnya.

sumber: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam malaysia ni penjawat awam je yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Persiapan meraih undi ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup2 lah layan staf Gomen. Rakyat yg bukan staf Gomen, Gomen tak bagi apa2 pun. Mari semua pengundi yg bukan staf Gomen......we need regime changr
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:47 AM | Show all posts
Edited by petpom at 15-6-2022 11:49 AM
insulin replied at 15-6-2022 10:50 AM
Persiapan meraih undi ke ni?

Mesti la.... Sejak tukar PH hari tu, ada elaun yang dah x diberi..sebulan elaun rm400,,
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
petpom replied at 15-6-2022 11:47 AM
Mesti la.... Sejak tukar PH hari tu, ada elaun yang dah x diberi..sebulan elaun rm400,, ...

Elaun apa tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2022 12:01 PM | Show all posts
Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan pemberian tersebut setelah mereka mengambil alih kerajaan.


Apa yg batalnya?benda yg belum dilaksanakan pun..KGT  naik ni janji najib kalo umngok menang PRU14 dulu..tp mujur kalah, kalo tak smpai skrg umngok masih dok merompak harta rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 05:08 PM | Show all posts
.. kalau nak naikkan .... Q54 ke bawah .. JUSA dah mewah ... JUSA opaling cikai C paling koman elaun >rm5k sebulan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 05:09 PM | Show all posts
.. kalau nak naikkan .... Q54 ke bawah .. JUSA dah mewah ... JUSA opaling cikai C paling koman elaun >rm5k sebulan ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075807 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list