View: 1184|Reply: 17
|
[Dunia]
Dasar 'Zero COVID' di China musnah, jutaan penduduk dipaksa jolok hidung lagi sekali
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 15-6-2022 03:55 PM
BEIJING: Pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap bar 24 jam yang dipersalahkan berikutan lonjakan kes COVID-19 terbaru di ibu negara itu sejak beberapa hari lalu, lapor media tempatan hari ini.
Pasukan membabitkan pelbagai jabatan kerajaan tempatan itu akan bekerjasama untuk menyiasat dan berurusan dengan bar Heaven Supermarket 'dengan cepat, tegas dan serius', lapor akhbar Beijing Daily.
Pengumuman penyiasatan itu dibuat sehari selepas media kerajaan melaporkan Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan, melawat bar itu dan menekankan keperluan untuk mengukuhkan lagi aspek pencegahan serta kawalan COVID -19 di lokasi penting.
Akhbar itu turut melaporkan, semua bar, kelab malam, premis karaoke, kafe internet dan tempat hiburan lain di bandar itu sedang diperiksa.
Dalam masa sama, semua tempat hiburan di ruang bawah tanah ditutup dengan kerja pencegahan di Beijing diperketatkan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa berdepan tekanan kerana wabak yang dikaitkan dengan bar berkenaan memaksa jutaan penduduk menjalani ujian saringan mandatori COVID-19 dan ribuan lagi berdepan sekatan pergerakan.
Musibah itu berlaku hanya beberapa hari selepas Beijing menamatkan sekatan pergerakan separa selama lebih sebulan.
Menurut pihak berkuasa, individu yang dijangkiti wabak COVID-19 tinggal atau bekerja di 14 daripada 16 daerah di ibu negara.
Aktiviti makan dan minum di kebanyakan premis di Beijing hanya dibenarkan semula pada 6 Jun lalu selepas lebih sebulan bandar dihuni 22 juta penduduk itu menguatkuasakan sekatan pergerakan termasuk menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan menutup pusat membeli-belah serta sebahagian sistem pengangkutan. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/06/965864/pihak-berkuasa-siasat-bar-didakwa-punca-kenaikan-kes-covid-19-di-beijing
|
|
|
|
|
|
|
|
I wonder if they know sth we don't |
|
|
|
|
|
|
|
Amat sukar untuk sebuah negara yang besar dan memiliki penduduk berbilion untuk mengamalkan dasar Zero Covid walaupun pelbagai tindakan ketat dilakukan. China, you should live with Covid. Terimalah hakikat bahawa virus ini tidak akan hilang no matter how hard you try. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh percaya ke news dari china ni... entah2 just 'create' |
|
|
|
|
|
|
|
ni mmg betul, deme mmg covid zero policy tp makan tuan
meols tahu le sbb meols import export. barang tersadai lama kat sorthing hub sbb kekejap katup 2 weeks.. now ok dah balik
then supplier taiwan baru email semlm deme katup seminggu sebab 2 staff kena covid.. di ulanging 2 staff ye
mesia ni aman2 je dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Flake123 replied at 15-6-2022 12:17 PM
I wonder if they know sth we don't
They know Sinobek doesnt work and they have no immunity for locking down so long! Thats why..
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
barang comp aku pon sangkut katanya 18/6 ni baru boleh berlepas dari china. mau mengelupor kalu brg tak sampai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Taiwan memang kes tengah tinggi. Pop 20+ juta, kes setiap hari berpuluh ribu & kematian cecah 3 angka. Boleh terima je kalau dorang tutup seminggu tu.
China kes 3 angka berjuta-juta kena kurung berminggu-minggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skrip lama kalau terus diulang lama kelamaan orang dah malas nak ambik tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Satu kampung nak zero covid pun susah unless ko kat ceruk gunung Papua New Guinea la kot.
Hi Spidey! Nick biasa lupa password ka tanya jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 15-6-2022 06:20 PM
tak kisah le berapa juta kes.. hidop harus diteruskan ... yg mana mati kita tanam je la mcm mesia ...
Yih geram kan brg sangkut. Berapa kali sangkut da. Yg bagusnya x semak pelancong china |
|
|
|
|
|
|
|
sangkut lagi ke? lama dah tak sangkut.. better check pasai apa sangkut?
most courier dah back to normal dah.. takut sbb seller yg kena kurung sbb tpt dia covid
|
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile the rest of the world has moved on.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai manusia suka dicucuk |
|
|
|
|
|
|
|
Jolok jangan tak jolok!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Spidey satu nick ni saja.......lama dah tak login, nasib baik boleh track balik guna e-mail address.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|