View: 411|Reply: 0
|
[Tempatan]
Banner ‘Peja Jgn Sap Gam!!!’ di stadium malam tadi tular
[Copy link]
|
|
Banner ‘Peja Jgn Sap Gam!!!’ di stadium malam tadi tular
By AYHAN FERHAT / June 15, 2022
Dalam keghairahan menyaksikan kemenangan skuard Harimau Malaya selepas membenamkan pasukan Bangladesh 4-1 tidak pasal-pasal satu gambar suasana di stadium dengan banner ‘Peja jgn sap gam’ menjadi tular.
Tidak dipastikan siapa punya kerja membawa dan meletakkan banner tersebut di tengah-tengah lautan para penyokong.
Namun di ruangan komen pada status Facebook Faizal Azumu iaitu Menteri Belia dan Sukan rata-rata netizen menampal gambar tertera banner tersebut.
Ramai yang meninggalkan komen mencemuh serta memalukan kerana luahan secara terbuka daripada penyokong buat seorang menteri.
Faizal menjelaskan kenyataannya mengenai sokongan penyokong menjadi antara faktor kekalahan kepada Bahrain 2-1 Sabtu lalu disalahertikan.
Antara komen-komen para netizen di status FB beliau yang menerima hampir 1,500 komen;
“Akhirnya Yb sedarr betapa bahaya “sapp Gammm super” smoga Yb jalani khidupan yg normal tanpa Gam,” komen Iskandar Ilman.
“Pic ni Datuk xnk selit ke..haha,” komen Di Aura.
“Harap lps ni kurangkan isap gam,” komen Fareez Basri.
“Tlng senyap ye peja Jgn lebih isap gam,” komen Kenangan Hari ini.
“Jgn kuat sgt sap tau. Simpan skit masa hadapan,” komen Zulkarnaen Iskandar.
“Menteri sukan tu tak malu ke..ada kain rentang “sap gam”,” komen Tiang Katil.
Faizal di postingnya ini, mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya dan berterima kasih kepada para penyokong memberikan sokongan padu yang cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat kepada pemain-pemain negara.
Katanya, sorakan tanpa henti Ultras Malaya memeriahkan suasana di stadium dan telah berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang! Teruskan sokongan padu anda.
Difahamkan banner berkenaan mungkin timbul ekoran kenyataan Ahmad Faizal Azumu beberapa hari lalu yang menyalahkan penyokongan kerana bersorak dan membuat bising menyebabkan pasukan Malaysia kalah kepada Bahrain.
Faizal tampil memohon maaf, namun kenyataan menteri itu tidak boleh diterima rakyat negara ini malah ada yang membuat ‘troll’ seperti ‘perlawanan bola sepak kini diadakan di perpustakaan negara, semua diminta senyap’.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|