View: 389|Reply: 2
|
[Dunia]
Penulis artikel ‘Bagaimana untuk Membunuh Suami Anda’ dipenjara seumur hidup
[Copy link]
|
|
Penulis artikel ‘Bagaimana untuk Membunuh Suami Anda’ dipenjara seumur hidup
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... njara-seumur-hidup/
Oleh KOSMO!
15 Jun 2022, 12:00 pm
CRAMPTON BROPHY menggunakan sepucuk senapang yang dibeli di laman runcit eBay untuk membunuh suaminya. - AFP
LOS ANGELES, California – Seorang penulis Amerika Syarikat (AS) yang menulis artikel bermaksud ‘Bagaimana untuk Membunuh Suami Anda’ dihukum penjara seumur hidup kelmarin kerana menembak mati suaminya.
Nancy Crampton Brophy, 71, boleh memohon parol dalam tempoh 25 tahun, kata seorang hakim di negeri Oregon, barat laut AS kepadanya.
Perbicaraan sebulan Crampton Brophy mendedahkan bagaimana dia menggunakan sepucuk senapang yang dibeli di laman runcit eBay untuk membunuh suaminya dengan harapan membolot wang insurans nyawa mangsa berjumlah ratusan ribu dolar.
Senjata itu yang didakwa tertuduh dibeli sebagai penyelidikan untuk novel baharunya, tidak pernah dijumpai.
Cef Daniel Brophy ditemui di atas lantai di sebuah institut kulinari tempat dia bekerja pada Jun 2018. Mangsa telah ditembak dua kali.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup menunjukkan isterinya memandu di kawasan itu sekitar masa kejadian.
Penulis yang mengarang novel seperti Wrong Never Felt So Right, The Wrong Husband dan The Wrong Lover itu mendakwa bahawa dia tidak mengingati berada di lokasi kejadian tetapi mengaku mungkin pergi kejiranan tersebut bagi mendapatkan inspirasi untuk penulisannya.
Pasukan peguamnya menyatakan bahawa mereka akan merayu hukuman tersebut.
Crampton Brophy berkata, dia tidak mempunyai motif untuk membunuh suaminya.
“Apa motif saya untuk membunuhnya?,” tanya tertuduh ketika dia bertikam lidah dengan pasukan pendakwa semasa perbicaraannya.
Artikel ‘Bagaimana untuk Membunuh Suami Anda’ masih disiarkan di blog penulis berkenaan dan membincangkan cara dan motivasi untuk membunuh pasangan yang tidak dikehendaki. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu aib diri jangan dihebah walau dalam apa bentuk pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|