View: 503|Reply: 0
|
Perompak Larikan 20 Kontena Berisi Emas Dan Perak Di Mexico
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, ada berita melaporkan sekumpulan penyerang lengkap bersenjata mencuri 20 kontena barang yang sebahagiannya berisi emas dan perak dari sebuah pelabuhan di Mexico.
kredit foto: Flickr
Difahamkan, kejadian yang digelar media tempatan sebagai "rompakan terbesar abad ini" berlaku pada 5 Jun lalu di pelabuhan komersial di bandar Manzanillo, Mexico.
Difahamkan, kumpulan penyerang itu menggunakan kren dan treler untuk melarikan kontena-kontena tersebut. Malah, perompak-perompak itu amat teliti tentang jenis barang yang mereka curi seperti logam berharga, emas, unit penghawa dingin dan lain-lain lagi.
Menurut Pejabat Pendakwa Raya Awam di bandar Manzanillo berkata pihaknya membuka kertas siasatan tetapi tidak mendedahkan kuantiti emas dan perak yang dicuri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|