View: 251|Reply: 0
|
[Dunia]
Jepun lulus hukuman lebih berat ke atas pembuli siber
[Copy link]
|
|
Penguatkuasaan RUU ini muncul dua tahun selepas kematian ahli gusti muda, Hana Kimura yang membunuh diri akibat pembulian siber. - CNN
Jepun lulus hukuman lebih berat ke atas pembuli siber
TOKYO – Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) baharu bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan penghinaan secara online, lapor laman berita RT, semalam.
Pindaan kepada kanun keseksaan itu ditetapkan ubakal berkuat kuasa akhir musim panas ini.
Di bawah undang-undang baharu itu, tindakan melakukan penghinaan secara online boleh menyebabkan seseorang dijatuhi hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda kira-kira 300,000 yen (RM9,856).
Sebelum perubahan itu, pesalah hanya dikenakan denda sekitar 10,000 yen (RM327) atau dipenjara kurang dari 30 hari.
Pelaksanaan itu adalah salah satu langkah percubaan kerajaan Jepun untuk mengekang kegiatan pembuli siber selepas berdepan kritikan berhubung potensi implikasinya terhadap kebebasan bersuara.
Hukuman lebih keras untuk penghinaan secara online itu berlaku dua tahun selepas pembunuhan bintang program realiti dan ahli gusti, Hana Kimura yang berusia 22 tahun ketika meninggal dunia.
Kimura membunuh diri pada Mei 2020 akibat gelombang buli siber yang diterimanya berikutan persembahannya dalam rancangan Netflix, ‘Terrace House’. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... atas-pembuli-siber/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|