CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1979|Reply: 36

[Dunia] Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh untuk stabilkan ekonomi negara

[Copy link]
Post time 16-6-2022 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... urangkan-minum-teh/

Oleh KOSMO!
16 Jun 2022, 9:00 am


SEORANG penjual membawa dulang berisi air teh di sebuah pasar di Islamabad pada 26 November 2020. - AFP

ISLAMABAD – Kerajaan Pakistan menyeru rakyatnya untuk mengurangkan tabiat minum teh bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Menteri kanan, Ahsan Iqbal memaklumkan bahawa tindakan mengurangkan minum teh akan menurunkan bil import Pakistan yang tinggi.

Pakistan adalah pengimport teh terbesar dunia dengan pembelian lebih AS$600 juta (RM2.65 bilion) tahun lalu.

“Saya merayu kepada rakyat untuk mengurangkan minum teh sebanyak satu hingga dua cawan sehari kerana kita mengimportnya secara pinjaman,” kata Iqbal seperti dilaporkan oleh media Pakistan.

Permintaan untuk mengurangkan minuman teh tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai rakyat berpendapat bahawa masalah kewangan negara boleh diatasi dengan mengurangkan minuman berkafein.

Pada 2020, Pakistan mengimport teh dari negara-negara termasuk Kenya, Vietnam, Rwanda dan Uganda.

Sementara itu, peniaga di negara tersebut turut diminta untuk menutup premis mereka pada pukul 8.30 malam untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Pada bulan lalu, pegawai-pegawai di Karachi mengehadkan import berpuluh-puluh barangan mewah yang tidak penting sebagai sebahagian daripada usaha melindungi dana negara.

Pengakuan itu dibuat ketika rizab mata wang asing Pakistan terus menjunam dengan pantas sehingga memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan kos import yang tinggi dan menyimpan dana negara.

Rizab pertukaran wang asing Pakistan turun daripada sekitar AS$16 bilion (RM70.76 bilion) pada Februari lalu kepada kurang AS$10 bilion (RM44 bilion) pada minggu pertama Jun.

Jumlah itu hampir tidak mencukupi untuk menampung kos dua bulan bagi semua kadar import negara. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 09:39 AM | Show all posts
Selama ni saya ingatkan Pakistan antara negara pengeluar teh dunia.
Sebab selalu tengok mereka minum teh kalau dlm movie
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:48 AM | Show all posts
dulu rajin diorg (worker) buat teh cha respi asli paki teh tarik. lain rasa dia pekat likat. cuma beza dia teh tu masak skli dgn susu pekat dan susu cair, garam skit. pastu ada rempah dari paki itu je membezakan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:16 AM | Show all posts
kita juga dapat menyumbang kepada penurunan import dengan beli/guna barangan tempatan..tukar cara hidup ..adake?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulai hari ini saya dah tak nak minum teh tarik Dhaka pior. Dah insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:23 AM | Show all posts
kalau tengok movie depa mesti minum teh
dalam cawan kecik cinonet tu kan
mesti pekat and sedap kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 10:23 AM | Show all posts
naina replied at 16-6-2022 10:19 AM
Mulai hari ini saya dah tak nak minum teh tarik Dhaka pior. Dah insaf.

buat sendiri ke sis

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 16-6-2022 10:23 AM
buat sendiri ke sis


Taklah..beli kat booth tepi2 jalan je. Teh Dhaka cincauu emmm nyum nyum minum time tengahari. Tapi nak diet dah ni (sambil menyudu kek batik indulgence)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 11:13 AM | Show all posts
minum milo anda jadi sihat dan kuat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:05 PM | Show all posts
Kalau Malaysia pulak nak kurangkan makan apa. Everything?

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
penah tengok dokumentari pasal tanaman teh kat uk.kata nya teh tak boleh hidup kat kawasan ada frost salji.sejuk tak apa jangan bersalji.jadi pokok teh kat uk kalau boleh hidup pon.tak berapa productive.rasa pakistan pon sama kot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:36 PM | Show all posts
Pasti kawan2 sedara maranya yang di tanahair gigih menanyang minium teh masala di media social.  Sini tak ada masaalah Cameron sana banyak ada tanam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:46 PM | Show all posts
kerajaan malaysia patut minta rakyatnya kurang makan
ramai yang gemuk2
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 16-6-2022 10:16 AM
kita juga dapat menyumbang kepada penurunan import dengan beli/guna barangan tempatan..tukar cara hi ...

Beras pun guna import
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana boley, Paki tanpa Dotpati ibarat molayoo tanpa nasik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 16-6-2022 01:29 PM
penah tengok dokumentari pasal tanaman teh kat uk.kata nya teh tak boleh hidup kat kawasan ada frost ...

Untuk tanaman teh, utara Paki terlalu sejuk, manakala selatan pula terlalu panas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-6-2022 03:07 PM
Untuk tanaman teh, utara Paki terlalu sejuk, manakala selatan pula terlalu panas.

Paki tengah?


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-6-2022 03:11 PM
Paki tengah?

Timur & barat tak tanye sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-6-2022 03:28 PM
Timur & barat tak tanye sekali

Mana tau ada potensi?


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:00 PM | Show all posts
melambak je orang pakistan kat luar negara..termasuk yg jadi menantu Anwar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059021 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list