View: 745|Reply: 5
|
Buat Naya! Doktor Terpotong Salur Pembawa Sperma, Budak Lelaki Berisiko Mandul Sepanjang Hayat
[Copy link]
|
|
HOUSTON: Sebuah keluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital kanak-kanak di Texas kerana didakwa tersilap melakukan pembedahan vasektomi terhadap anak lelaki mereka.
Lapor Metro, kanak-kanak berusia empat tahun itu sepatutnya menjalani pembedahan hernia di bahagian pangkal paha di hospital berkenaan, Ogos tahun lalu.
Namun, seorang pakar bedah di hospital terbabit tersilap memotong salah satu salur pembawa sperma kanak-kanak tersebut.
Gambar Hiasan, AFP
Ini bermakna budak lelaki itu berkemungkinan perlu menjalani pembedahan lain dan boleh menghadapi masalah kesuburan pada masa hadapan.
Vasektomi merupakan kaedah pemandulan berbentuk pembedahan.
Peguam yang mewakili keluarga itu, Randy Sorrels berkata, mereka kini dalam proses menyaman doktor dan pihak pengurusan hospital tersebut.
“Kami merasakan pakar bedah secara tidak sengaja memotong vas deferens, salah satu salur yang membawa sperma.
“Ini boleh menjejaskan kehidupan budak lelaki itu untuk sepanjang hayatnya,” katanya.
Menurut Sorrels, keluarga mangsa bimbang mengenai kesan bakal dihadapi oleh anak mereka dari segi fizikal dan emosi apabila menjadi dewasa.
“Mereka juga berasa bimbang tentang anaknya yang terpaksa menjelaskan masalah dialami kepada bakal isterinya nanti.
“Ini bukan satu kesilapan biasa dilakukan, malah doktor gagal mengenal pasti dengan tepat anatomi yang perlu dibedah. Ia tidak diketahui sehingga dihantar ke makmal patologi,” katanya.
Sementara itu, Sorrels berkata, pakar bedah yang melakukan pembedahan terhadap budak lelaki itu dikatakan tidak mempunyai rekod kesilapan sebelum ini.
“Walaupun permohonan maaf sudah diberikan namun pihak pengurusan hospital masih perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kemungkinan kerosakan sepanjang hayat seharusnya dikenakan tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
mcm court kes yg menang baru2 ni
yg tu khatan smpi terpotong kepala anunya
anu tu awet, ltk dlm botol
baru la anu dlm botol
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya boleh berzina sana-sini tanpa perlu risau anak luar nikah |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 nanti dah kawen minik nya preggy
Heol lak kompius camne jadik gitu
Apa2 pun takziah dekkkk
Mohon saman pihak sepital |
|
|
|
|
|
|
| |
|