View: 2644|Reply: 49
|
[Tempatan]
Paderi didakwa 17 pertuduhan rogol kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Paderi didakwa 17 pertuduhan rogol kanak-kanak
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -rogol-kanak-kanak/
Oleh AZIZAH SHAFIEI
17 Jun 2022, 3:48 pm
Tertuduh, Kok Chaw Fatt (dua dari kiri) menutup mukanya diketika dibawa keluar daripada Mahkamah Sesyen Raub di Raub hari ini.
RAUB – Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub di sini atas 17 pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di beberapa lokasi di sekitar Bentong, sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Kok Chaw Fatt, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh seluruh badan dan kemaluan tanpa kerelaan mangsa yang berusia 17 tahun dua bulan ketika itu di sebuah gereja di Bentong kira-kira pukul 2 petang, pada Disember 2019.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa pada Mei 2020 di sebuah rumah di Taman Anggerik Height di Bentong.
Manakala pertuduhan ketiga, tertuduh sekali lagi didakwa melakukan perbuatan yang sama termasuk memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada Jun 2020 di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height.
Kedua-kedua kesalahan ini dilakukan sekitar jam 4.30 petang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Dalam pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa melakukan perbuatan merogol terhadap mangsa berlanjutan sehingga 14 bulan dari Januari hingga Disember 2020, serta Januari hingga Febuari 2022 di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height di Bentong kira-kira pukul 4.30 petang.
Bagi kesalahan ini tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam, Lee Tee Kiat.
Anisah kemudian meminta mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan sebagai wang jaminan terhadap tertuduh dengan syarat tambahan, tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, Tee Kiat memohon pihak mahkamah mengurangkan wang jaminan anak guamnya kerana amaun yang besar itu seolah-olah satu hukuman kepada tertuduh sebelum perbicaraan, dan tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Ahmad Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM42,500 iaitu RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah.
Mahkamah menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
timbalan mb sskjp tersenyum sinis berita bukan dari negeri dia
puak duk kutuk lobai plak menjauhkan diri dari baca berita cmni |
|
|
|
|
|
|
|
tak ramai singgah komen sini
kalo lobai berduyun2 acik2 acah atheist & liberal membawang |
|
|
|
|
|
|
|
aik..baru 3 je komen
kalau ustaz ka, imam ka...sat ja 15 pages |
|
|
|
|
|
|
|
Jilaker sial lahanat punyer penunggang penonggeng agama... |
|
|
|
|
|
|
|
acik penganut yesus mendonia! |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 17 tahun dah boleh apply jadi bohsia motif pergi kangkang kat paderi sampai 14 bulan tiba2 insof ka dek?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gaya si Caufat ni, bukan paderi ni. Pastor ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe paderi ni janji nak nikoh tapi lepas 14 bulan masih beralasan pope tak bagi awek ni pun kecewa dan report polis siap detail aksi sekali.
Demikian spekuan ku.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm thread sepet tukar telur2 tapi nak harga yg rendah
komen pun tak sampai 2 page
sebab pemuja DAP tak sangka pembayar cukai buat mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
penunggang agama |
|
|
|
|
|
|
|
Orang ber iman suka betul dengan budak... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 negara ada je kes macam ni tertangkap tidak je bezanya |
|
|
|
|
|
|
|
17 tahun masih diclassified as kanak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mohon mereput ajelah paderi ni
dasar penunggang agama |
|
|
|
|
|
|
| |
|