CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 814|Reply: 4

Ibu Tak Mengaku Benarkan Anak Perempuan Dicabul Paderi

[Copy link]
Post time 17-6-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas pertuduhan membenarkan anak perempuannya dianiaya secara seksual oleh seorang paderi di salah sebuah gereja di Bentong, dua tahun lalu.


Pertuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya, namun semasa pertuduhan dibaca, tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dan meminta supaya dibaca berulang kali.




Foto: AWANI




Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan ejen minuman air kultur itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.


Kelihatan suami tertuduh turut hadir ke mahkamah untuk mendengar pendakwaan terhadap isterinya.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta yang sama.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Anisah meminta mahkamah mengenakan RM12,000 dengan seorang penjamin sebagai wang jaminan terhadap tertuduh.


Mahkamah menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama ke isi dgn berita satu lagi?


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2022 04:56 PM
Sama ke isi dgn berita satu lagi?

Sama kot. Raub. Cuma nilai ikat jamin dengan tarikh berbicara je berbeza. Yang mana satu betul ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Paderi itu act seperti bomoh kah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 17-6-2022 05:35 PM
Sama kot. Raub. Cuma nilai ikat jamin dengan tarikh berbicara je berbeza. Yang mana satu betul nta ...

Lokasi dah sama. TT editor cari galilah lagi. Takkan senyap takde interaksi kot?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.120183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list