CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2093|Reply: 15

[Tempatan] Caely "salah bual" mencemarkan reputasinya....Jovian akan buat laporan.

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-6-2022 10:08 PM

PETALING JAYA: Pereka fesyen dan juga menantu Perdana Menteri, Jovian Mandagie menafikan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif baharu Caely Holdings Bhd. (Caely)

Jovian berkata, pengumuman yang dibuat syarikat pakaian dalam itu di Bursa Malaysia pada 14 Jun lalu sama sekali adalah palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

Tegasnya, sehingga kini dia tidak pernah menandatangani apa-apa borang mahu pun memberi persetujuan mengenai tawaran pelantikan jawatan itu.

“Saya menghadiri satu mesyuarat bersama wakil Caely, Datuk Loh Ming Choon pada 13 Jun lalu untuk berbincang mengenai potensi kerjasama antara kami dan mereka menawarkan saya kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif.

“Namun, tiada apa-apa kata persetujuan yang dicapai dan saya tidak menerima pelantikan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Caely mengumumkan pelantikan Jovian sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif baharunya berkuat kuasa, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Jovian berkata, PETALING JAYA: Pereka fesyen dan juga menantu Perdana Menteri, Jovian Mandagie menafikan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif baharu Caely Holdings Bhd. (Caely)

Jovian berkata, pengumuman yang dibuat syarikat pakaian dalam itu di Bursa Malaysia pada 14 Jun lalu sama sekali adalah palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

Tegasnya, sehingga kini dia tidak pernah menandatangani apa-apa borang mahu pun memberi persetujuan mengenai tawaran pelantikan jawatan itu.

“Saya menghadiri satu mesyuarat bersama wakil Caely, Datuk Loh Ming Choon pada 13 Jun lalu untuk berbincang mengenai potensi kerjasama antara kami dan mereka menawarkan saya kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif.

“Namun, tiada apa-apa kata persetujuan yang dicapai dan saya tidak menerima pelantikan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Caely mengumumkan pelantikan Jovian sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif baharunya berkuat kuasa, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Jovian berkata, pengumuman palsu Caely turut mencemarkan reputasinya sebagai ahli korporat.

Katanya, dia memandang serius kejadian itu dan akan mendapatkan nasihat guaman sebelum membuat laporan kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. –UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Caely ok juga produknya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kylie Minogue tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelojoh sangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah termalu ler tu kena ejek kemaruk nak niaga spenda. Akai Indon caprut mudah dibaca. Apa pun pastikan getah spenda tu tidak putus macam topeng hauk tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Gado ngn dato azerai ka... eh.. pelik..

Takkan la sampai saman menyaman..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena prank ke
Xpe, pak mael kn ade
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pak mael tu mmg betol ke bagus jaga kawasan dia? my fren bukan main puji, katanya mmg bagus n berubah betul kawasan pak mael pegang tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 09:46 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-6-2022 09:30 AM
pak mael tu mmg betol ke bagus jaga kawasan dia? my fren bukan main puji, katanya mmg bagus n beruba ...

bera tu????
mcm pasca zaman komunis je
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Caely ni jual apa i tak pernah dengar pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 01:01 PM | Show all posts
hg kte ya pun kami percaya
hg kte no pun kami percaya..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 18-6-2022 09:48 AM
Caely ni jual apa i tak pernah dengar pun.

Innerwear. Ada je kat zalora shopee.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-6-2022 09:30 AM
pak mael tu mmg betol ke bagus jaga kawasan dia? my fren bukan main puji, katanya mmg bagus n beruba ...

Hahahhahah bera tu pekan mati
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 02:33 PM | Show all posts
klu xsilap aku.. brand caely ni dulu aunty2 cina suka jual.. ada buku katalog mcm avon tu.. aunty2 cina biasa pi area2 penduduk padat, mcm flat, setinggan.. nak order tgk buku tu.. order.. next week aunty dtg bawak barang.. boleh hutang lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semenjak daddy naik jadi pm ni, berbondong2 big corporations approached untuk "bekerjasama"
Ini tandanya pelobi tak makan gaji buta
Tuah ayam nampak di kaki, tuah indon caprut nampak di bini
Hidup Melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, dia memandang serius kejadian itu dan akan mendapatkan nasihat guaman sebelum membuat laporan kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.



OMG.. that guy is definitely in a deep shit.. payung nak cuci tangan ke.... OMG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051439 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list