CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 6

Dah 91 Tahun Mati Baru Hakim Batal Pertuduhan Membunuh

[Copy link]
Post time 18-6-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja kulit hitam yang menjalani hukuman mati pada 1931 kerana disabit kesalahan membunuh wanita kulit putih dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Pennsylvania selepas beberapa dekad diperjuangkan adiknya.


AFP melaporkan, Alexander McClay Williams yang berusia 16 tahun ketika menjalani hukuman itu disabit kesalahan oleh juri hanya dalam tempoh empat jam dan kekal menjadi individu termuda dikenakan hukuman mati.




Kredit foto: The Philadelphia Inquirer




Namun, selepas 91 tahun, hakim membatalkan pertuduhan tersebut dan mengisytiharkan Williams tidak bersalah.


“Saya amat gembira kerana itulah keputusan yang sepatutnya diterima sejak awal lagi.


“Kami hanya mahu keputusan ini diubah kerana kami tahu Williams tidak bersalah dan kamu mahu semua orang tahu tentang ini,” kata Susie Williams-Carter, iaitu adik perempuan Williams.


Pada 3 Oktober 1930, bekas suami Vida Roabre, seorang matron kulit putih di Sekolah Kanak-Kanak Lelaki Glen Mills menemukan mayat wanita tersebut.




Kredit foto: 6ABC




Berdasarkan kes, mangsa dibunuh kejam di rumahnya di sekolah tersebut yang juga dijadikan sebagai pusat tahanan pesawah juvana.


Williams yang menjalani tahanan di pusat terbabit, dituduh melakukan jenayah tersebut.


Remaja itu disoal siasat sebanyak lima kali tanpa kehadiran peguam atau penjaga dan menandatangani tiga pengakuan, walaupun tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadapnya.




Sumber: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu byk negara mansuhkan hukuman mati takut terhukum org yg x bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 18-6-2022 09:12 PM

susah 'mende ni'...ada orng fikir..kang TERhukum bunuh orang  yg x salah.Orng lain pulok fikir...pembunuh udh 'terlepas drp hukuman sepatutnya'...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm jln cite movie legend yg tom hanks belakon tu... The Green Mile
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mesti dia kena tuduh sbb dia Black kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 18-6-2022 10:46 PM
Kesian mesti dia kena tuduh sbb dia Black kan?

Zaman tu. Sedih bila dikenangkan. Cuba baca "To kill a mockingbird". Sedih sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama macam kes Emmett Till
Rupanya acik putih tu cuma reka2 cerita yang emmett ni siul nak ngorat sheol
Dah nak mampp baru gitau benda tu cuma rekaan
Emmett dibunuh kejam dek laki acik dan kawan2 deyols sampai muka Emmett dah tak rupa muka dah
Teruk gila diskriminasi deme dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.184607 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list