CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1842|Reply: 13

"Memang Bukan Segala-galanya Tapi..." – Recruiter Jelaskan Kesan Gagal SPM Dalam Dunia Kerja

[Copy link]
Post time 21-6-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Reina Lum


Baru-baru ini apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, berlakunya satu trend baru di platform Tiktok di mana bekas lepasan SPM memuat naik video dengan menayangkan keputusan gagal mereka.


Perkara ini secara tidak langsung mengundang pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak. Semua ini mungkin terjadi kerana pegangan 'SPM bukan segala-galanya' dan 'rezeki seseorang itu bukan terletak pada keputusan peperiksaan'.


Oleh disebabkan itu, seorang pengrekrut kerja yang dikenali sebagai Reina Lum tampil bersuara mengenai hal berkenaan di akaun Tiktok miliknya.





Menurut Reina, sebagai seorang manusia, dia tidak nafikan pegangan itu, namun melihat kepada keputusan merosot sesetengah individu membuatkan Reina merasakan bahawa calon tersebut langsung tidak berusaha kerana jika soalan mudah pun tidak mampu dijawab, maka semua ini merupakan satu simbol 'red flag'.  


Reina juga menegaskan bahawa walaupun dia seorang pengrekrut yang tidak melihat taraf pendidikan seseorang calon, namun jika keputusan peperiksaan seteruk ini, dia tidak berani mengambil risiko untuk memberi pekerjaan kepada calon itu.


Tambah Reina, jika peluang pekerjaan itu ada sekalipun, ia akan membataskan calon itu untuk naik pangkat kerana pihak pengrekrut pasti akan selidik keputusan pendidikan calon berkenaan.


Reina juga berkata, dia sangat memahami bahawa tidak semua orang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, namun seseorang itu perlu berusaha untuk mendapat keputusan yang baik untuk memudahkan proses mereka mencari pekerjaan kelak kerana pada zaman ini sangat sukar untuk mencari pekerjaan. - CARI




Sumber: Tiktok Reina Lum







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
X cemerlang ok tapi usaha la bagi lulus semua. Jangan bandingkan college dropout dengan orang yg x lepas masuk IPT langsung. Aku pon pernah terlibat dalam recruitment. Dan bila aku nampak CV yg result SPM & CGPA kelaut, mmg aku x tengok dah details lain. Mereput la CV tu kat tepi sampai tempoh disposal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 03:02 PM | Show all posts
Kalau dah target nak kerja sendiri boleh ler tapi kalau nak makan gaji kelulusan tu penting bagi majikan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Belajar ni pon macam kerja juga.....satu amanah...kalau kau dah usaha habis baik dapat takat tu je tak boleh kata apa...tapi sampai deret G bm agama islam tu nampak sgt kau memang saje nak fail...boleh pulak bangga tayang kt tiktok...kalau aku pon tak sanggup ambik budak camni nanti dia buat hal pusing cerita mintak simpati kat tiktok.....aku tak pelik kalau budak budak ni jugak nanti yg mintak tolong nak beli susu pampers anak kat tiktok.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 03:44 PM | Show all posts
Suka follow TT Reina Lum because we are in the same field.. The way she explained to us in layman's terms, mudah faham..

Bangga tayang result SPM semua subject G.. Kesian kt mak pak diaorg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 04:54 PM | Show all posts
azimodin replied at 21-6-2022 01:21 PM
X cemerlang ok tapi usaha la bagi lulus semua. Jangan bandingkan college dropout dengan orang yg x l ...

kisah benar dulu masa fresh grad i penah dpt keje sbb interviewer tu impress pointer i tetiap sem naik, tanda i ada effort nak berusaha naikkan taraf sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang so called berjaya selalu brag berkenaan dropout dari school lebih berjaya. Masalahnya orang2 yang berjaya tu diorang terlebih pandai dari normal/average people bukannya low level intelligence.
Tapi nak jadikan motivasi untuk x giveup ok je. Cuma nak bangga sebab dapat E? Hurm
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhaha budak2 skrg ingat senang agknya keje sendiri i merasa both dah, bg i, keje mkn gaji 3x ganda lebih senang. Keje ko kalau xpuas hati merungut je. Xpyah pening2 pasal kwsp, socso. Nk cuti & MC pon gaji jalan mcm biasa. Dah beranak esok, 2-3 bulan gaji jalan beb. Belum lg ada company yg sponsor kos beranak. Bonus dpt setengah bulan or sebulan.

Ko ingat gaji 4k sama nilai ke dgn JUALAN bisnes total 4k??? Jgn seronok sgt la kalau setakat income jualan 4-5k. Untung 2K pon kira sikit . Tu untung bukan gaji. On serious note, i rasa sgt2 la better makan gaji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 21-6-2022 06:10 PM
Yang so called berjaya selalu brag berkenaan dropout dari school lebih berjaya. Masalahnya orang2 ya ...

Yg dropout tu pon dari Oxford, Harvard , MIT ni setakat “dropout” dari sijil sekolah menengah yg dropout tu company dah bernilai ratus ribu atau juta2, bukan baru nk mula jd agent byr rm350
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg ni byk kerja selain mkn gaji. youngsters nowdays suka kerja flex, main saham, umur 40 dah nak pencen. business sendiri ke, mlm, insurans, property, dropship, baking, grab, delivery. insyaallah ada rezeki tu di mana2x. tp aku prefer kerja 9~6 haha. aspeger. btw dunia ni sementara, patut lebih usaha kejar hereafter.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde usaha nak attend exam pun.. dah boleh nampak attitude tu macam mana? Yg tukang hasut + canang result 'gempak' tu lagi la..

Betul kata Reina... Tanda2 RED FLAG.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat kisah bbbnu timbang kilo yang bangga tayang G spm
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi meols la...meols kene belajar betul2...lulus exam dgn pointer semampu boleh. Dptkan kelulusan tertinggi sbb bileh jadi contoh pada bakal anak2. Kalau anak mcm malas2 je, kita as ibu boleh bagi motivasi selain mengajar dorg. Bila kita mengajar anak ni..automatik kita tunjuk contoh tauladan ttg tugas seorg anak dan murid.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 22-6-2022 01:56 AM
teringat kisah bbbnu timbang kilo yang bangga tayang G spm

Yg berpakat2 nak dpt kan G berderet ni..si datuk wira dr fake mikimos mesti suka...market dia lagi luas lah ...ramai bakal peserta dia nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 1.287672 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list