View: 1090|Reply: 0
|
Kurangkan eksperimen jentera – Hamilton
[Copy link]
|
|
PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton akhirnya meraih keputusan terbaik musim ini dengan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga pada Grand Prix Kanada di Litar Gilles-Villeneuve, Montreal, Ahad lalu. – AFP
MONTREAL, Kanada: Lewis Hamilton berharap Mercedes akan mengurangkan ‘eksperimen’ terhadap keretanya selepas dia menduduki tempat ketiga pada Grand Prix Kanada, hujung minggu lalu.
Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali itu mengalami permulaan yang sukar musim ini dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh masalah lantunan yang nampaknya telah menjejaskan Mercedes lebih teruk daripada kebanyakan pasukan lain.
Hamilton memanggil kereta itu ‘tidak boleh dipandu’ dan ‘bencana’ selepas latihan di Montreal, Kanada minggu lalu tetapi berjaya melayakkan diri di tempat keempat dan kemudian mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan.
Ia kali pertama Hamilton menamatkan saingan di hadapan rakan sepasukan George Russell sejak hari pembukaan musim ini.
“Kami hanya cuba bekerja, cuba untuk maju sebagai satu pasukan. Melangkah ke hadapan, saya fikir kami akan lebih berhati-hati dalam melakukan terlalu banyak eksperimen kerana ia benar-benar menghalang anda sepanjang hujung minggu.
“Saya fikir terdapat banyak pembelajaran dari hujung minggu ini dan penambahbaikan yang boleh kita lakukan untuk bergerak ke hadapan,” ujar Hamilton.
Hamilton dan Russell kedua-duanya telah menggunakan pelarasan kereta yang berbeza ketika Mercedes mencari untuk menyelesaikan masalah jentera.
Kata Hamilton, dia berharap untuk berada dalam ‘pertempuran’ dengan pelumba Red Bull dan Ferrari di Grand Prix British pada 3 Julai nanti dan seterusnya.
“Sangat berharap untuk berpindah ke Silverstone, ia adalah perlumbaan yang begitu penting untuk kami .
“Saya hanya mahu berada dalam pertempuran dengan mereka ini,” kata pemandu Britain itu.
Hamilton kini berada di tempat keenam dengan 77 mata dan 34 mata di belakang rakan sepasukan Russell, yang merupakan satu-satunya pemandu yang menamatkan saingan di lima teratas dalam setiap perlumbaan musim ini. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... n-jentera-hamilton/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|