CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Insaflah dik...

[Copy link]
Post time 23-6-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Empat pelajar sebuah sekolah diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 160 jam dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar junior dari sekolah sama, 13 Mei lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Intan Syafinaz Roslin terhadap empat remaja itu yang berusia 15 dan 16 tahun selepas meneliti laporan akhlak dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan M Shanmugavel ketika ditemui wartawan di luar mahkamah berkata, mahkamah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sebanyak 160 jam dalam tempoh enam bulan.

"Mereka turut dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun bercagaran RM2,000.

"Mahkamah juga menetapkan semua pelajar terbabit menghadiri sesi kaunseling dalam tempoh yang ditentukan JKM," katanya.

Kesemua tertuduh pada 23 Mei lepas mengaku bersalah di atas pertuduhan mereka secara bersama dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun dengan cara memukulnya di bilik asrama sebuah sekolah di sini pada 12 tengah malam pada 13 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen tersebut memperuntukkan penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan untuk pendengaran laporan akhlak pada hari ini bagi kesemua tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan ke atas mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/854557/insaflah-dik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.108312 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list