View: 6641|Reply: 9
|
Misteri Yang Hantui Amber Court
[Copy link]
|
|
Dokumentari Ini Rungkai Misteri Yang Hantui Amber Court
Terletak di Genting Highlands, Amber Court bukanlah satu nama yang asing kepada penggemar kisah seram. Walaupun baru sahaja siap dibina pada tahun 1995, ramai orang telah berkongsi pengalaman tersendiri yang kurang menyenangkan di hotel berkenaan seperti pengalaman misteri dan penampakan hantu.
Baru-baru ini, penulis telah menonton sebuah video dokumentari yang dimuat naik oleh Free Documentary di laman YouTube mereka.
Adakah Amber Court ini benar-benar berhantu seperti yang didakwa ataupun ia sekadar kisah dongeng penduduk setempat sahaja? Anda boleh tonton video tersebut untuk tahu jawapannya.
Sumber: The Vocket
Menerusi video tersebut, salah seorang wartawan Free Documentary yang menetap di Malaysia iaitu Paul telah pergi sendiri ke hotel yang terletak di Pahang berkenaan untuk mengesahkan sama ada bangunan ini benar-benar berhantu atau sebaliknya.
Sekiranya anda menonton video berkenaan, lobi hotel ini berada di tingkat empat. Amber Court mempunyai kedai runcit, dobi dan bermacam-macam kedai lain untuk kegunaan para penginap hotel tersebut.
Sumber: YouTube Free Documentary
Paul telah menemu ramah ramai orang tinggal di kawasan sekitar bangunan berkenaan di mana kebanyakan daripada mereka adalah warga asing yang menetap di sana secara tetap.
Salah seorang individu yang ditemu ramah oleh Paul turut membuka cerita bahawa rakannya pernah mendengar suara kanak-kanak di hotel berkenaan.
Namun, apa yang lebih menyeramkan adalah tidak ada kanak-kanak ataupun keluarga di sana pada waktu itu. Jadi, individu yang ditemu ramah itu memang elak untuk duduk seorang diri sekiranya teman serumah mereka keluar bekerja.
Menerusi temu ramah tersebut, Paul dapat tahu tentang kewujudan sebuah rumah dekat hotel berkenaan yang tidak ada sesiapa pun berani untuk masuk. Sekiranya berada di sana sekali pun, penulis juga tidak akan memasuki rumah tersebut.
Sumber: YouTube Free Documentary
Apa-apa pun, anda boleh tonton dokumentari ini untuk melihat realiti sebenar bangunan tersebut yang berubah dari sebuah destinasi percutian ke tempat penempatan warga asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka twins percaya Amber Court ni berhantu based kepada apa yg sorang forumer pernah tulis pengalaman dia dulu. kalau caari balik dia tulis tu dalam tahun 2010-2011 .. nick dia pun kaka tak berapa ingat.... JC kot rasanya sbb JC ni pun pengalaman cerita hantu dia gempak2 |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tgk dr video tu, x la berapa menyeramkan.. cuma yg bikin ghisau tu part penempatan asing tu .. nt next time mau atur masa la dtg sni.. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu2 tu kacau tak warga asing yg duduk situ? |
|
|
|
|
|
|
|
ntah lah.... tengok rupa bangunan tu dari luar pun aku dah rasa seram.... kena pulak dengan kabus2 bila cuaca mendung... apa la salahnya di cat dulu seluruh bangunan tu bg nampak ceria... baru la org rasa mcm berani2 ayam nak try dok situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
xke macam ada petition kata actually xde hantu depa fade up amber court tu di cop tempat berhantu...tapi dgn buruk mcm tu sapalah nak duduk |
|
|
|
|
|
|
|
hantu ade communication barrier kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu rajin berkampung kt tread hotel berhantu di malaysia..amber court antara yg gempak juga ceritanya selain hotel di pd. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat cerita seram pasal AMber Court ni, nanti kena saman pulak dengan penduduk Amber Court. Katanya tempat diorang tak ada hantu, saja je orang luar nak takut2kan pengunjung yang datang, katanya.
Ada hantu ke tidak, tetaplah tak nak pergi walau dibagi percuma je sebab tengok dari luar pun, memang seram. |
|
|
|
|
|
|
| |
|