View: 469|Reply: 0
|
[Johor]
Kapal tangki LPG ditahan bersauh tanpa kebenaran
[Copy link]
|
|

Kapal tangki LPG ditahan Maritim Malaysia kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, dekat sini, petang semalam. - Foto ihsan Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, dekat sini, petang semalam.
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal tangki LPG berdaftar dari Monrovia itu ditahan jam 3.15 petang oleh bot ronda Maritim Malaysia semasa melaksanakan operasi rutin di perairan Johor Timur.
"Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan 16 kru lelaki termasuk nakhoda, terdiri masing-masing lapan warga Korea Selatan dan warga Indonesia berusia antara 21 hingga 52 tahun, serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.
"Kapal seterusnya ditahan dan nakhoda berserta seorang kru dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... auh-tanpa-kebenaran |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|