View: 1572|Reply: 11
|
Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong
[Copy link]
|
|
Tertuduh, ES (bertudung biru) dibawa keluar dari balai polis. - Coconut
Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong
JAKARTA – Seorang wanita di Surabaya didakwa membunuh anaknya sendiri sebelum pergi melancong bersama suaminya ke Jogjakarta, lapor laman berita Coconuts semalam.
Suspek yang dikenali sebagai ES dan berumur 25 tahun, menghempaskan anak bongsunya yang berusia lima bulan itu berulang kali selepas bayi itu dikatakan tidak berhenti menangis.
Laporan bedah siasat menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia kerana kecederaan pada tengkorak kepala.
Pada Khamis lalu kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan), ES membawa mayat bayinya yang sudah meninggal dunia kepada ibunya, EBS di Wonocolo, Surabaya.
“Pada masa itu, tangan dan kaki bayi itu sudah sejuk,” kata EBS kepada pemberita.
ES memberitahu EBS bahawa dia akan mengikuti suaminya yang berkursus di Jogjakarta dan akan menguruskan mayat anaknya sebaik sahaja mereka pulang.
Anak sulung pasangan itu yang berumur setahun turut dibawa ke Jogjakarta.
“Saya bertanya bagaimana dia sanggup pergi melancong sedangkan anaknya sudah meninggal dunia.
“Namun ES mengugut untuk membunuh saya jika perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa,” cerita ibunya.
EBS tidak sanggup menyimpan rahsia kematian cucunya apabila mayat mula membusuk dan membuat laporan polis pada Sabtu lepas.
Polis berkata ES mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana membunuh bayi, sementara menunggu pertuduhan tambahan.
Siasatan setakat ini mendedahkan bahawa suaminya yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja, tiada semasa kejadian tersebut berlaku dan tidak mengetahui tentang jenayah itu.
Dalam pengakuan rasminya, ES berkata, dia sering melepaskan kemarahannya terhadap bayi mereka setiap kali bergaduh dengan suaminya.
Bayi itu juga dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan dan mengalami pertumbuhan yang terbantut. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... um-pergi-melancong/
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang urang nama Es ini buruk belaka perangai. Kan cik Es? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lg satu binatang...eeeee.....mari aku hempas ko dr tingkat 20. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam! Tergamak Tinggal Bayi 5 Bulan Sampai Membusuk Semata-Mata Untuk 'Gathering'
Sumber: Portal Tribunnews
Kehadiran cahaya mata sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pasangan suami isteri. Sebelum lahir lagi bayi dalam kandungan itu dijaga dengan penuh hati-hati dan kasih sayang, bila sudah lahir semestinya ibu bapa akan menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Namun, lain pula kisah yang terjadi di Indonesia apabila seorang bayi berusia lima bulan ditemui membusuk di dalam rumahnya sendiri.
Menerusi portal Tribunnews, hal ini hanya diketahui nenek bayi berkenaan ketika dia terhidu bau busuk sebelum melaporkan hal itu kepada orang kampung.
Rupa-rupanya, bayi itu ditemui dalam keadaan yang begitu menyayat hati.
Lebih malang, bayi itu telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang menghadiri pertemuan di Yogjakarta.
Hasil post mortem mengesahkan bayi itu telah meninggal kerana didera oleh ibunya berulang kali. Beberapa kesan kecederaan juga turut dijumpai di bahagian belakang badan bayi itu termasuklah daripada kepala sehingga ke punggung.
Menurut sumber, ibu bapa kepada bayi itu kini direman untuk siasatan lanjut. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita dari indon ni tak pernahnya elok. Semuanya busuk belaka. Tiada yg busuk hanya busuk belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
bergini sebenarnya banyak berita yg baik di sana cuma tk disebarkan
rakyat mereka 10 kali ganda dari kita.
yg lepas kat negara kita ni, kira mcm yg dari India yg tiada jamban disana
dan juga dari cina yg kira meraka tak berguna buat negara asal mereka.
tu sbb mereka datang ke sini.
balik kpd topik - berita ni kira mcm akhbar Metro yg asik2 FOCUS cerita pasal kena ROg0l.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah mental yang serius |
|
|
|
|
|
|
|
Beza gila kot (kualiti) berita wartawan mainstream dengan cerita yang overdose ajinomoto wartawan cari.
dah lah eja Yogyakarta pun salah
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita2 merepek macam ni jarang berlaku kat Malaysia, kebanyakannya dari Indo dan India |
|
|
|
|
|
|
|
5bln da kena dera? baik sula je parent baby ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|