CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 19

62 Pemilik Dapat Notis MPAJ Ubah Suai Flat Tanpa Kebenaran

[Copy link]
Post time 28-6-2022 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan 62 notis terhadap pemilik unit yang melakukan ubah suai dan membina struktur tambahan tanpa kebenaran di Flat PKNS AU3, Taman Keramat di sini.


Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, Notis 72(1) Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) dikeluarkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguat Kuasa MPAJ menerusi rondaan dan pemantauan yang dijalankan pada 1 Jun lalu.




Notis yang dikeluarkan MPAJ terhadap pemilik unit yang melakukan ubah suai dan membina struktur tambahan tanpa kebenaran di Flat PKNS AU3, Taman Keramat.




Menurutnya, ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.


"Kesemua unit berkenaan perlu membuka struktur tambahan yang telah dibina dalam masa yang ditetapkan dan kos adalah atas tanggungan pemilik sepenuhnya, sebelum tindakan lanjut akan diambil oleh pihak MPAJ," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, tindakan notis tersebut adalah susulan tindakan penguatkuasaan terhadap isu meroboh binaan struktur tambahan sebuah unit kawasan flat sama yang turut dikenali Flat UTM AU3 pada 25 Mei lalu yang tular di media sosial.


Tambahnya, notis dikeluarkan terhadap 58 unit di tingkat bawah dan empat unit di tingkat satu atas kesalahan penambahan struktur dinding kekal, memasang awning serta pagar dan binaan tempat letak kereta di atas tanah kerajaan.


"MPAJ ingin menegaskan bahawa tindakan mengubah suai struktur sedia ada atau menambah struktur binaan di bahagian tepi dan belakang kediaman berstrata seperti flat, pangsapuri dan kondominium adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan," katanya.




SumberKini




Sementara itu memetik laporan The Star, Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari berkata, kira-kira 100 penduduk telah meminta surat sokongan daripadanya untuk memohon penangguhan penguatkuasaan tersebut.


Katanya, antara alasan aktiviti ubah suai itu disebabkan keluasan unit dua bilik yang dibina pada tahun 1980-an itu sempit.


Tambahnya, rayuan daripada penduduk tersebut akan dipanjangkan kepada MPAJ untuk pertimbangan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 10:21 AM | Show all posts
rumah teres pon kena tgk gak
asal umah teres di renovate sampai jadi rumah agam amenda...
siap jarak pintu dgn rumah belakang ngam2 1 org boleh jalan.. tunggu jadi apa2 bencana naya nak keluar rumah.
pastu kereta 1 pon xmasuk gate
park la keliling2 tepi2 umah jiran berebut2 dgn semua org







Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:06 AM | Show all posts
Perghhh....umah teres tu mcm mn boleh lulus ek. Ade tgk kt tiktok, pakcik india tu rumah die smpi retak sebab jiran buat umah 2 tingkat. Die pulak kene keluar dr rumah sb x selamat. kesian
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:02 PM | Show all posts
Shazid replied at 28-6-2022 11:06 AM
Perghhh....umah teres tu mcm mn boleh lulus ek. Ade tgk kt tiktok, pakcik india tu rumah die smpi re ...

a ah yg tu mmg kesian
siap dpt kelulusan renovate umah beso sebelah tu
umah pakcik org majlis tu acah2 care dtg tanda2 pakai marker pon apooo
pastu buat bodo aje.. kot roboh umah jiran tu sapa nak tanggung??
mana org tu nak pergi kan??? byk nau le duit nak buat umah lagi 1
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:14 PM | Show all posts
kalau macam ni punya jiran2 renovate baik la kita beli landed strata properties. kediaman macam ni tak boleh ubah dari bentuk asal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:17 PM | Show all posts
Tmn aku ada 2,3 bijik reno buat mcm ni. Kereta masing2 park tepi jalan. Jln jadi Sempit kut.
Bukan nak masuk porch keta masing2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasibla sape suh renovate rumah flat sesuka hati.
Skrg pula kena robohkan
Sendiri tanggungla risiko
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:40 PM | Show all posts
alieyrina replied at 28-6-2022 01:17 PM
Tmn aku ada 2,3 bijik reno buat mcm ni. Kereta masing2 park tepi jalan. Jln jadi Sempit kut.
Bukan n ...

1 umah ada 3 biji kereta. Mana muat. Tu yg sukati menumpang kat umah jiran2 yg lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 01:44 PM | Show all posts
Lebih banyak kerja anggota majlis selepas ini untuk melihat ubah suai rumah tanpa kelulusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pbt ni semua takda penguatkuasa ke? dah viral sana sini, baru nak buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:50 PM | Show all posts
cikatilia replied at 28-6-2022 10:21 AM
rumah teres pon kena tgk gak
asal umah teres di renovate sampai jadi rumah agam amenda...
siap jarak ...

sebenarnye bkn dok flat jer ade mslh parking..umah teres lg stress dh la renovate beriye parking dpn umah org mcm xde ape..umah sndiri xnk parking
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu memetik laporan The Star, Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari berkata, kira-kira 100 penduduk telah meminta surat sokongan daripadanya untuk memohon penangguhan penguatkuasaan tersebut.

Exco2 ni jgn nak menyibuk nak override akta pulak????
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 05:07 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 28-6-2022 04:50 PM
sebenarnye bkn dok flat jer ade mslh parking..umah teres lg stress dh la renovate beriye parking d ...

ye weh....
dah rumah dia maximum kawasan buat rumah sampai takde basi..
reserved utk longkang pon depa balun celah mana nak letak kereta kalau ada 3-4 bijik
pastu berselerakan park depan umah org sampai block org nak kuar apa.. yihh

blom lagi bila sedara mara dtg berkereta2 semua nak park dekat2 walau xde tempat dah pon...
bila org tegur sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 06:38 PM | Show all posts
aku duduk flat 5 tingkat kat KL
bawah rumah aku adalah pekerja majlis perbandaran
ada few jiran paling bawah buat binaan tambahan
ada yang cop parking letak baldi, letak motor, letak kon
x de plak amik tindakan

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:54 AM | Show all posts
cikatilia replied at 28-6-2022 05:07 PM
ye weh....
dah rumah dia maximum kawasan buat rumah sampai takde basi..
reserved utk longkang pon  ...

tu blm lg kira yg jnis tanam segala pokok bunga smpai dh jd semak dpn umah..pastu sapu daun pegi umah org

dgn segala tong dpn umah dh mcm umah setinggan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:02 AM | Show all posts
aku syak penguatkuasa dah kena suap, sebab mereka yang langgar undang2 terlepas, yeala....yang dera amah sampai mati pun boleh terlepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 28-6-2022 06:38 PM
aku duduk flat 5 tingkat kat KL
bawah rumah aku adalah pekerja majlis perbandaran
ada few jiran pali ...

Bukan ruang lingkup tugas dia kot. Lagipun majlis akan bertindak bila ada aduan. Dan bila mengadu kena ada detail pengadu bukan boleh buat surat layang. Tu yg kdg org xmau mengadu sbb xmau gaduh sesama jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:28 AM | Show all posts
bongok sungguh aku rasa yg rumah teres tu g updrage sampai bertingkek
apa ke jadah kalau ko buat 10 tingkek dah macam flat aku tengok
bukan sikit duit abis  tu baiklah cari rumah landed jauh sikit dari bandar ke
sekurangnya berbaloi adalah tanah sikit, kalau hujung ada privacy, kete parking dalam
tapi entahlah fikiran manusia ni pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tau rumah kecik, jual la beli rumah lain yang lagi besar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:42 AM | Show all posts
cikatilia replied at 28-6-2022 10:21 AM
rumah teres pon kena tgk gak
asal umah teres di renovate sampai jadi rumah agam amenda...
siap jarak ...

Betul tu bukan setakat rumah flat tapi rumah teres jaga.  Berapa ramai buat renovation tapi kelulusan plan dari majlis perbandaran tak ada main redah buat je.  Dah tahu ada keinginan nak buat rumah agam satu masa nanti beli le tanah lot kan ke senang.  Dari tambah sana tambah sini tengok jiran tambah dia pun nak tambah extend habis tanah.  Kadang terbabas hingga luat pagar rumah pun ada.  Yang sebab kan sampai dinding rumah jiran sampai retak ceiling retak pun ada.  Tak faham perangai sepecies macam tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.118300 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list